salam aidiladha

| November 17, 2010

ni pic aku sendiri..:p

yeah..aku beraya di perantauan..salam aidiladha semua..:)

kakak aku yang serupa kakak tiri snow white ~kisah satu~

| November 16, 2010

yeah..
aku ada seorang kakak..
nama dia dirahsiakan..
tak caya?tingok pic bawah ni..dia pun setuju dengan tindakan aku..
*sda berpunya..harap maklum
kan..kan..caya ka tidak sekarang?
dia la kakak aku dunia dan akhirat..
dia baik,comel,sda kerja,banyak duit,boleh belanja makan,boleh kasi beli baju..
okay..kenapa mukadimah mcm mau minta kena penyepak belanja ja ni??haha..ya..susah senang sda kami harungi bersama?? 
(berfikir sebentar apa yang sudah di harungi) 
dan sedar tak sedar..kami sudah menginjak ke alam rumah tangga dewasa..
kalu di ingat time bebudak..time aku masih lagi comel bagai anak ikan emas..
banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..
kalu di suruh ulang balik pada masa itu..
dengan cepatnya kepala aku menggeleng-geleng..
teruskan menuju ke masa depan..
mana tidaknya..
kakak aku tu masa dia kecik-kecik..
otak belum pandai fikir panjang..namun otak dia bukan saja tak panjang..
malah berbelit-belit lagi..dan aku adalah mangsa belitan dia..
(aku sure dia mengamuk suka punyaa la ni baca entry ni..dah la dia request baru aku mau tulis pasal dia..:p) 
ni adalah story time aku jadi mangsa belitan dia..
sedia la tisu..
mana tau kamu sedih baca cerita aku..

kisah pertama,
ketika itu..aku dan dia berdua..berada di rumah sambil menengok siaran kegemaran kami iaitu kesatria baja hitam
(kita pernah minat tengok ni cerita ka?) 
kesatria baja hitam..sumber dari google
sambil menengok ni cerita..
kami makan keropok double decker perisa ayam yang telah kami beli sebelum cerita itu bermula..dan atas dasar selfish masing-masing maka kami makan keropok masing-masing tanpa mengofer kepada mana-mana pihak..dari pihak dia pun tak mengofer..pa tah lagi dari pihak aku pun tak nak memberi..:p..
setelah 5 minit mengunyah..dia merenung ke arah keropok aku..hati aku mulai bimbang..aku sorok sikit keropok aku kebelakang badan aku..
aku tenung mata dia dengan pertanyaan..
kenapa?
tiba-tiba dia bersuara..
aku berdoa janganlah dia minta keropok aku..
aku tak rela nak bagi..
dia cakap begini..
"tie,jumla kita bertanding"..
bertanding???
sudah kakak aku ni..
perkataan bertanding pula dah kuar dari mulut dia...
"kita bertanding sapa dulu abiskan keropok..dia menang...mau?"..
aku mula ragu-ragu dengan pertandingan yang bakal dia anjurkan..
"kita tengok sapa makan lebih laju..aku ka kau?" 
dia mengukuhkan lagi rasional dia hendak bertanding..
dan aku atas kecetakan minda yang masih membelengu diri ketika itu hanya mengangguk-anguk kepala bersetuju akan idea dia yang tak seberapa nak betul tu..
lantas dia mengira..
"1..2..3"..
aku pun dengan pantasnya berusaha untuk makan dengan laju menghabiskan keropok itu..sekarang ini cerita kesatria baja hitam sudah tidak lagi menarik perhatian ku..pa yang ada dalam kepala aku ni hanyalah keupayaan untuk  menghabiskan keropok aku dengan kelajuan yang semeksimum mungkin..aku ingin buktikan kepada dia..aku bukanlah seorang adik yang boleh megalah dalam apa jua keadaan..ku lihat kakak ku seolah-olah berusaha juga untuk menghabiskan makanan dia..aku percepatkan lagi kelajuan ku mengunyah keropok dan akhirnya..aku telah berjaya menghabiskan keropok aku...
sumber dari google
yeahhh..
aku BANGGA wei..
aku lihat kakak aku dengan pandangan mata eksyen disertai dengan hidung yang kembang kerana beroleh kemenangan..
huh..
dia ingat dia cepat sangat makan?aku lagi cepat lah..
itulah yang ku ungkapkan dalam hati kecilku..
dan kakakku bersuara..dengan muka ala-ala cool..
"eh..habis sda keropok ko tie..cepat owh kan ko makan...ko tengok aku punya ni...banyak lagi..naa ko lihat la saja aku makan ah pasni..tia boleh minta..sapa suruh ko habiskan capat-capat"..
sambil itu mata ku terus menuju ke arah keropoknya..ku lihat keropoknya tak kurang dari separuh..
HUAAARGGHH..
kakak aku sengaja..dia sengaja..nak buat aku begini..
dia sebenarnya bukan nak kami bertanding betul pun..dia saja nak kenakan aku..dia nak keropok aku cepat habis pastu dia nak aku tengok dia makan..kenapalah aku ada kakak sedemikian rupa time kecik..
tapi aku tak salahkan dia seratus peratus pun..
akal aku ni pun pendek sangat time kecik..
dan atas sikap dia begitu tu..
aku berjaya mengharungi hidup didunia ini dengan lebih tabah..
pengajaran dia tu buat aku lebih berhati-hati dengan ajakan atau tawaran seseorang..
hee..dan nasib kakak aku tu  tak bawa perangai tu sampai besar ni..
hehe..next time aku cerita kisah lain yang dia belit aku lagi..

kotak punya cerita

| November 13, 2010

ciss..
aku rugi RM 1 semata-mata nak beli 2 kotak kosong..
kotak sekarang pun naik harga erk..dulu masa zaman muda mudi..
aku ambik jer kotak kalu nak..
lepas tu zaman muda mudo..kotak dah ada harga 20 sen..dan dalam lebih kurang sembilan jam yang lepas..kotak tu dah naik harga seiring dengan kenaikan harga minyak..50 sen ceq...kalu bukan disebabkan keperluan..tak hingin aku hendak membuang duit aku sebanyak rm 1 ke arah perkara2 yang sedemikian rupa..
kotak yang di jual tu pulak banyaknya buruk tak berapa nak elok..jual mahal-mahal..mau cari lagi satu hal..kalu jual..buatla cara menjual kan..susun la elok-elok..memudahkan pelanggan mencari..susun ikut size pun okay apa..ni
dahla tukang jual kotak tu eksyen kurang sikit budi bahasa..
bagai nak pukul kuat2 sampai masuk hospital beri nasihat berguna supaya dia tahu erti adat sopan..
tapi apalah daya ku..
ku hanya bakal pendidik masa depan..bukan pendidik masa lampau..
tapi rasanya dia ni bukan silap pendidik masa lampau..masalah diri sendiri tu..
jadi kenapa harus aku perkatakan tentang dia disini??
bukan kah aku harus cerita tentang kotak..
berbalik kepada cerita kotak..ni yang aku malas sebenarnya ni..
aku ni ada masalah dengan perkataan bernama PACKING..
asal jer namanyapacking..
aku bagai kena miang keladi..tak tentu fikiran..serba salah ikutkan fikiran logik kata packing bagi masa depan or ikutkan rasa masam-masam manis dalam mulut aku ni..
aku ni spesies yang malas tak berapa nak rajin..tapi kalu tak packing..
barang-barang dalam bilik aku ni nak letak kat mana??..sistem di hostel aku ni kena mengosongkan bilik setiap kali cuti dan kami cuti macam cuti sekolah ya ceq-ceq..
makanya setiap kali itulah akan ada sesi packing memacking ini..namun bilik aku bernasib baik sebab di tetapkan sebagai stor (jangan silap ya ceq..hanya di tetapkan sebagai stor tak bermaksud bilik kami umpama stor..bilik kami pernah menang anugerah pengarah sebagai bilik terbaik di aspuri tau..nak show sikit..;p) setiap kali cuti..jadi aku tak perlu packing banyak2..
just packing baju nak bawa balik jer..
namun..
disebabkan ada sistem pertukaran baru yang harus di lakukan di hostel aku tinggal ni..
makanya bilik aku ni harus di kemaskan dan di kosongkan..dahla setahun sudah ku menunggu dirimu aku lama tak memacking..jadi aku rasa kekok...
dan sedar HARGA kotak juga meningkat seiring dengan pembangunan di tempat aku belajar..

eh bila masanya ada pembangunan di kent tempat aku belajar ni???

DollY

| November 12, 2010


she is one of my classmate..
Dolly..
cumil kan?..
hehe..yup..
banyak lagi pic dia..tapi lum upload..
next time kalu sa ingat sa upload k..

n next time mau shoot everyone of my classmate..
gurl specially..
n i hope we can find the time to do da photoshoot together..

she is my younger sister

| November 11, 2010










shuailla

yeah..i miss that moment very much

| November 08, 2010




dulu time sa kecik-kecik..
sa suka teman dan tunggu babah sa ketika dia pergi merambat..
dia di laut dan sa di darat sambil makan-makan junkfood selalunya..
yeahh i miss that moment very much

Double U~part 1

|

mett..
rumetttt..

sayup2 aku terdengar suara QD memangil namaku..aku pusing kanan..aku pusing kiri..tak nampak pun bayang dia..cuma yang ada bayang seorang yang aku tak kenal pun siapa..mana rumet aku ni..tak kan nak main police n theive pula time2 ni..jap..jap..aku dimana ni..bayang org tu perlahan-lahan hilang dari pendangan..aku kejar dia..nak tanya mana rumet aku..ntah macamana..aku jatuh..sakit..aku pejam mata..tahan sakit...perlahan2 aku buka mata..cahaya mentari yang masuk dari jendela bilik menyilaukan pandangan mata..

"haa..bangun pun..dari tadi aku kasi bangun..liat betul..ko bukan ada kelas ker pagi ni??"..
"Kelas??".."Pagini??".."aku ada kelas yek?

..aku menyoal QD kembali..

"heee...takde..macik cleaner yang ada kelas maybe pagini..heeee..heee"..

QD dah mula geram..aku yang masih dalam keadaan mamai bagai ikan yang baru di tuba..terus segar apabila teringat muka singa jantan yang bakal aku hadapi kalau lewat masuk kelas harini..dengan tergesa2 aku mengambil segala peralatan mandi dan..terus menyarung selipar mandiku yang bercorak bunga-bunga..siap ada bunga plastik lagi di atasnya..cewah feminin gitu...okay Qiera..ko ada masa setengah jam saja lagi..mana nak iron baju..mana nak ber make-up lagi?make up?aku jenis pakai benda2 alah bgtu ker?? oppss silap alasan..mana nak pakai tudung lagi..dalam kepala aku sudah memikirkan apa pakaian yg hendak di pakai harini..siap mandi yang ala kadar tak kadar.. asal cukup syarat iaitu sabun dan gosok semua apa yg patut di gosok..aku tergegas-gegas mencari baju yang telah aku fikirkan tadi..alamakkk..aku dah pakai baju tu 3 hari yang lalu..mana ni mana ni..mana la baju yang tak payah nak di iron ni..fuhh..nasib aku jumpa sehelai lagi baju kurung cotton yang mak aku buat raya aidiladha yang lepas..aku terus sarung dan okay..sekarang nak pakai tudung apa??tudung aku ni berderet bersusun belakang pintu..tapi seperti biasa..semua pun belum iron..okay...pakai selendang ni je lah..ni nampak seperti di iron dan tak la kusut seperti baru di pijak segerombolan lembu jantan yang nak memajak sawah..lembu pajak sawah ka Qiera?? ah lantaklah..yang aku ada sesi soal jawab ngan diri sendiri pagi-pagi ni apahal pula..kalau betul nak bersoal jawab..bagus tak payah nak tergesa-gesa..nanti datang kelas buatlah sesi soal jawab dengan Mr. Hakimi yang muka nampak cool tapi perangai..Masya Allah Qiera pagi2 dah mengata orang..tak berkat nanti harini mcmana..segera aku insaf mengenangkan sikap sendiri..

"Qieraaaa..Qieraaaa..ko dah siap ker??"
"Aaa aa..on the way nak siap la ni"

..OTW nak siapa apa kalu aku belum lagi pakai tudung ni...ah..lilit2 ja la ikut sedap mata memandang..okay siap..ambik beg..ambik buku yang nak di bawa..laptop nak bawa ka tidak??tak payahla..buat berat tangan aku jer nak bawa sepanjang hari nanti..

"Qieraaaaaa!!"

.."Ya..ya aku datang nii..".

.aishh anak dara seorang ni tak sabar-sabar..entah apa juga yang hendak di kejar..kalu nak kata Wawan tu nak lari tak juga..dah pasti cintanya hanya untuk QD seorang..dan bila tiba depan QD yang muka dah masam macam strawbery muda aku segera menghulur tangan meminta maaf..muka QD dah blur..

"Engko ni kenapa pula siap buat gaya nak minta maaf macam drama Aidilfitri ni?"..

"Hee..dah aku lambat dan ko lama tunggu kena la buat gini..hee.."

aku sengih panjang..

"Bila la ko ni nak berubah Qiera..semalam tidor jam brapa? tak bagus tau anak dara bangun lewat2 ni"..

QD dah mula syarahan paginya yang tak perlu di bayar..semua free of charge..bla..bla..bla..aku dah tak dengar apa yang dia cakap sebab aku sudah on mp3 yang aku memang sudah pasang sedia kat telinga awal2 tadi before pakai tudung..biasala nak kena sembunyi dalam baju semua wayar-wayar yang patut..aku tak boleh la nak belajar kalu tiada lagu yang aku dengar..rasa tak nak masuk jer ilmu-ilmu tu..

"Aargghhh..pa ni QD..sakitla"..

aku menggosak-gosok tangan yang di ketip oleh QD..boleh tahan ketipan ketam QD ni..belajar dari Ketam Bakau apa dia ni..

"Ha mimang patut pun..sakit ko..ko peduli..penat aku yang membebel mcm mak nenek dari tadi ada ko kira?"..

"hahaha..siapa suruh ko pagi-pagi dah buat ceramah free..kalau kuliah agama nak juga aku dengar..ni..ko ulang balik ayat mak aku jer..dan kalau aku record pa yang mak aku cakap dan kasi ko dengar..mesti ko terkejut sebab sebijik ja pa yang ko ckp tadi dengan apa yang mak aku cakap"..

"haa mimang sebijik..tapi buat orang mcm ko ni..walupun berbijik-bijik..tak masuk punya..dah tahap batu apa ko ni?...tak makan saman betul..".

QD dah mula dah nak naik angin..sah..sah mimang semalam gaduh ngan Wawan ni..jarang QD membebel pagi-pagi ni..ni mesti angin puting beliung ni berpunca dari Wawan ni..

"Aku mimangla tak makan saman..aku makan nasi..mana boleh kenyang nak makan saman..saman boleh makan erkk QD?..kalu boleh..time takder elaun nanti kita buatla saman banyak2 ya QD..kita buat makan..makan siang makan malam"..
QD dah tepuk kepala..

"Betuah punya budak..napala aku dapat kawan macam ko ni....hahaha"

QD dah mula masuk tune dia kembali..ni yg aku suka kalu dia kembali dalam track dia..jangan ja la Wawan tu buat hal lagi... kalu tak..panjang syarahan dia lagi pasni..hee..

"k lah QD..dah sampai kelas aku dah..masuk dulu..harap-harap Mr.Lion tu belum masuk lagi..".

."ko doala banyak-banyak yer..k jumpa ti time rehat yer".

."okay bus"..

dan saat kaki melangkah ke dalam kelas...semua mata menumpu kepada ku..dan dengan pantas mataku menuju ke arah jam di dinding kelas..tepat jam 7.28..fuhh..aku senyum..dan dengan yakinnya..aku masuk kedalam kelas dan bergerak ke tempat dudukku..

"Awal harini Miss Qiera..selalu jam begini tak nampak lagi batang hidung"

..tegak telingaku mendengar sapaan sinis pagi-pagi yang indah lagi ceria ini..sapa pulak cari pasal pagi-pagi ni..tapi suara macam bukan suara class mate aku..dengan pusingan 180 darjah ke belakang aku mencari punca suara tadi..dan sekarang aku tahu siapa yang bersuara tadi..Mr.Lion..dengan pandangan sinisnya dia memandang..matanya yang tersembunyi di sebalik kaca matanya memandang tepat wajahku..padanla masa aku masuk semua mata menumpu padaku dan kelas senyap semacam..rupanya Mr.Lion ni sda ada didalam kelas..gila apa dia ni..datang kelas awal semacam..pelajar nak bernafas pun tak sempat nampak muka dia pagi2 sudah tercegat depan kelas..dan dengan yakinnya aku menjawab..

"Biasala Enchi Hakimi..saya ni sedang berlatih jadi orang yang tepat pada masa..jam 7.30 kelas bermula kan..saya sampai pun 7.28 kan..marila kita mulakan kelas Encik Hakimi..takut terbuang pula masa rakan-rakan yang lain..sebagai pendidik dan kami yang sebagai bakal pendidik ni tak boleh buang masa banyak-banyak..bukan begitu Encik Hakimi?"

Muka Encik Hakimi masih lagi seperti tadi cool semacam..aku yang memandang pula berasa angin-anginan tengok muka dia yang macam tak da perasa itu..dan dia boleh senyum lagi memandang wajahku..aku lantas berpaling dan meneruskan langkah menuju tempat duduk ku yang berada di belakang sekali..

"Baiklah kelas..harini saya akan mengajar kamu semua tentang Classroom Management."

sepetang bersama kamu..:)

| November 05, 2010







bila mau sepetang bersama lagi??



tetiba rindu ngan kamu

|











tetiba rindu nak hang out ngan kamu semua..
bila la kita boleh kumpul lagi ni..
miss u all sweetie..

BIG FASA 4 SIRI 1

| November 02, 2010













































tinggal 4 lagi..

|

ermm tadi first exam..
syukur boleh juga jawab..
walaupun ada juga soalan yang di luar jangkaan..
lepasni ada 4 paper lagi..
dan aku?
ya sudah tentu belum bersedia..
mampu ka ni ah mau ambil paper eco..
bukan economy..but ecosystem..
bioooo..
kick..tia minat ni subjek..
ko ingat ko minta ka nda ada kena kira??
haha..study wei..
pastu paper planing@RPH..
after dat..paper PJ tu..
last..paper bi..huu..bnyk methodology (ngam ka aku eja ni)..haa..
nda kisahla...hee
okay stop..
pi study tati..

waiting for the next paper..

good luck for your exam..

| November 01, 2010

yeahhaaa..
hai..
rakan2..
sehh..mcm ramai ja yg baca coz tulis "rakan-rakan"..
hahhaa..
sa ada bnyk mau cerita..
cerita BIG n cerita UB..
kalu mau start cerita mcm pnjang betul ni..
mcm pic di bwah ni..

pnjang kan..hehe..
jadi..
sekarang sa mau belajar dulu..
sebab mau exam..
wish me luck k..:)

Powered by Blogger.