Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Wedding Again..My Cousin

| September 22, 2011











maka dengan wujudnya gambar di atas ini..maka berakhirlah zaman bujang lagi seorang kazen aku dan secara tidak langsung membuatkan aku menjadi anak gadis yang paling tua belum kahwin..setelah di kaji secara tidak langsung..baru aku menyedari bahawa aku pula yang belum kahwin..okay..tidak kisah itu semua..sebab aku baru 22 okay..baru 22..masih muda..masih hangus masak nasi guna kayu api..hahaha..dan aku tidak kisah juga kalu kazen2 di bawah aku nak kahwin duluan pun..hoho..jadi kenapa aku melalut..hoho.kala..chow cincau..)

diarrhea..ko datang dan pergi sesuka hatimu..

| December 11, 2010

aku terjaga dari tidur..renik-renik peluh sudah mengalir di dahiku..aku mengerutkan keningku..
krrgghhhkk
..ku terdengar bunyi aneh..peluh mulai pantas keluar umpama air terjun langganan di poring..
bulu roma ku mulai tegak berdiri..rasa sejuk mulai menguasai..
aku pandang kiri..aku pandang kanan..
aku tidak nampak apa-apa yang mencurigakan..aku pandang sekeliling..
tiada apa-apa yang mencurigakan..tiba-tiba bulu hidung roma ku menegak kembali..
owh Tuhan..
dugaan apakah yang bakal ku hadapi kali ini..aku berserah..aku pejam mata..namun aku tahu..aku sudah tidak mampu untuk bertahan..lantas aku buka mata dan juga membuka langkah..dengan pantas aku melompat dari katilku dan menuju ke pintu..aku kuak pintu sekuat hati..kalu patah pintu mungkin baru aku puas hati..ku sarung selipar di kaki ku..dan ku buka langkah seribu..
yeahhh..
dan akhirnya..aku sampai..aku perasan walaupun dalam keadaan yang genting begitu..aku masih mampu tersenyum pabila sampai ketempat yang di tuju..
kerana aku masih ingat pesan band dari seberang DEWA 19..
ya..mereka mengatakan walaupun apa jua cabaran yang menimpa..
HADAPI DENGAN SENYUMAN..
namun aku sedar..senyum ku hanya sebentar cuma..aku melangkah ke singki dan UARKKHH...UARAKHH..
habis keluar segala apa yang aku makan tadi tengahari..
dan air mata pun turut bercucuran ibarat hujan lembut di kala petang yang damai..
huuu..huuu
namun rasa aku tidak sedamai petang..kerana perut masih lagi memulas-mulas..dan dengan pantas aku masuk ke tandas kedua..tandas fevret aku di asrama..setelah..berhempas pulas..aku lega sedikit..dan menuju ke bilik..aku menjadi layu macam bunga yang lama sudah tidak di siram..
huuuuu..huuu
aku rasa aku boleh tahan lagi kalu luka di jari or melecur kena minyak kuali or kena iron pun aku sanggup..tapi kalu dah namanya cirit-birit&muntah diarrhea ni..
haaa..
yang bahagian dalam perut..aku paling la sensitif..
haaa..
itula sebabnya aku betul2 jaga permakanan aku..
mimang banyak betul pantang tuk diri aku sendiri pasal makanan ni..
kalu makan tu..tia boleh makan dengan yang ini..
kalau yang ini tia boleh makan campur dengan yang itu..walaupun kadang2 aku langgar juga pantang tu..hehe..
yalah kan..kalu sda tiada pilihan..tiakan la mau memilih2 pula kan..hehe..
namun..kalu sudah terlajak perahu boleh di undur..terlajak makan..inilah padahnya..dan aku..
hanya mampu tidur walaupun sakit itu telah melumpuhkan tenaga ku untuk membuat sebarang pekerjaan..
keesokan harinya
..aku memikir..apakah yang harus aku lakukan untuk menyembuhkan penyakitku ini..2 hari lagi aku akan mengikuti perkhemahan..kalu aku terus dalam keadaan begini...boleh gila ni time camping..tiakan la mau balik2 minta excuse mau pi toilet time dalam kawad kan..huu..
tiba-tiba aku teringat akan rawatan tradisional yang aku pelajari sem ni..
kata cikgu aku..
pokok dukung anak mampu untuk mengubati  aku ini..sebut penyakit macam serius saja teruknya..:p..
dan aku lantas bertanya kepada Mr Google apakah rupanya pokok dukung anak ni?
sumber dari gooogle
adakan daunnya seperti ibu yang sedang mendukung bayi??
sumber dari google

tiapun seperti kanggaroo yang membawa anaknya di pocket?
dan seperti biasa Mr. Google mimang boleh di harap memberikan segala jawapan yang di kehendaki..
aku sedikit kecewa kerana segala bayanganku ternyata sia-sia..satu pun tia mengena kerana rupa pokok dukung anak itu adalah seperti ini..

aku sertakan sekali khasiat lain pokok ni. sumber dri mr google

aku menggagahkan diriku berjalan di sekitar asrama dan aku menemui pokok itu..
aku tekad dan menjerit kegembiraan dalam hati..
yalah kalu aku jerit tiba2..
sah2 satu asrama mengatakan aku tekanan dengan perkhemahan yang tidak henti serta tidak mampu menghadapi tekanan peperiksaan yang bakal menjelang..
dan lagi haru kalu mereka menawarkan diri tuk menukar bilik ku ke bilik yang berada di bukit padang demi keselamatan bersama..
aku senyum..aku memetik dalam 5 batang..dan mencucinya sebelum di bawa ke bilik..
aku rebus daun berserta akarnya di dalam heater rumate aku..
yeah..jaja..sorry..aku guna heater ko..hehe..
dan setelah menunggu seketika..
akhirnya ketikk..
heater sda berhenti..hee..aku ambil daun yang aku rebus tadi..
dan aku lenyek2 kan daun2 tersebut...
kemudian aku tapis dan siap..
siap air rebusan daun dukung anak..
dengan bacaan selawat..aku minum air itu dan berdoa agar aku sembuh..
cecah ja air tu di kerongkong..baru aku sedar..air tu tersangatlah pahit..
sabar tati..sabar..
ubat mimang begini..ini bukan gula-gula kapas pa tah lagi coklat cadbury black forest..
sumber dari mr google

ni ubat dukung anak..
dan dengan tabah walaupun air mata sudah bergenang..aku menghabiskan secawan air rebusan itu...
dan tiba-tiba aku rasa pening..
aikkk..
timbul sikit was-was dalam hati aku...
betul ka yang aku minum ni pokok dukung anak..
jangan tati..jangan ragu..
ko kena yakin..dan berkat keyakinan aku tu..
aku sihat setelah tidur selama 3 jam selepas minum air tu..hehe..
dan..dengan ini aku ingin mengatakan bahawa..
pokok dukung anak tu betul2 berkesan untuk menyembuhkan sakit tu..
kini aku tak perlu risau..tiada lagi sakit perut yang menganggu..
ceh ayat macam buat iklan promosi pokok daun anak..

owh ya pesanan buat teman..kalu dilanda masalah ni..terdapat banyak langkah lain yang boleh di ambil salah satu nya seperti yang aku nyatakan tadila di atas..selain tu...minum la teh tanpa gula(jangn pula gila tmbh susu)teh kosong ya ceq2 sekalian..ni pun boleh di katakan berkesan..selain tu..elakkan makanan bersantan,dan elakkan juga minum susu..tapi ni tuk aku la..boleh cuba..manatau berkesan juga tuk kamurang kan..k..


*peristiwa berlaku ketika sem 4 di tempat aku belajar..

kakak aku yang serupa kakak tiri snow white ~kisah satu~

| November 16, 2010

yeah..
aku ada seorang kakak..
nama dia dirahsiakan..
tak caya?tingok pic bawah ni..dia pun setuju dengan tindakan aku..
*sda berpunya..harap maklum
kan..kan..caya ka tidak sekarang?
dia la kakak aku dunia dan akhirat..
dia baik,comel,sda kerja,banyak duit,boleh belanja makan,boleh kasi beli baju..
okay..kenapa mukadimah mcm mau minta kena penyepak belanja ja ni??haha..ya..susah senang sda kami harungi bersama?? 
(berfikir sebentar apa yang sudah di harungi) 
dan sedar tak sedar..kami sudah menginjak ke alam rumah tangga dewasa..
kalu di ingat time bebudak..time aku masih lagi comel bagai anak ikan emas..
banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..
kalu di suruh ulang balik pada masa itu..
dengan cepatnya kepala aku menggeleng-geleng..
teruskan menuju ke masa depan..
mana tidaknya..
kakak aku tu masa dia kecik-kecik..
otak belum pandai fikir panjang..namun otak dia bukan saja tak panjang..
malah berbelit-belit lagi..dan aku adalah mangsa belitan dia..
(aku sure dia mengamuk suka punyaa la ni baca entry ni..dah la dia request baru aku mau tulis pasal dia..:p) 
ni adalah story time aku jadi mangsa belitan dia..
sedia la tisu..
mana tau kamu sedih baca cerita aku..

kisah pertama,
ketika itu..aku dan dia berdua..berada di rumah sambil menengok siaran kegemaran kami iaitu kesatria baja hitam
(kita pernah minat tengok ni cerita ka?) 
kesatria baja hitam..sumber dari google
sambil menengok ni cerita..
kami makan keropok double decker perisa ayam yang telah kami beli sebelum cerita itu bermula..dan atas dasar selfish masing-masing maka kami makan keropok masing-masing tanpa mengofer kepada mana-mana pihak..dari pihak dia pun tak mengofer..pa tah lagi dari pihak aku pun tak nak memberi..:p..
setelah 5 minit mengunyah..dia merenung ke arah keropok aku..hati aku mulai bimbang..aku sorok sikit keropok aku kebelakang badan aku..
aku tenung mata dia dengan pertanyaan..
kenapa?
tiba-tiba dia bersuara..
aku berdoa janganlah dia minta keropok aku..
aku tak rela nak bagi..
dia cakap begini..
"tie,jumla kita bertanding"..
bertanding???
sudah kakak aku ni..
perkataan bertanding pula dah kuar dari mulut dia...
"kita bertanding sapa dulu abiskan keropok..dia menang...mau?"..
aku mula ragu-ragu dengan pertandingan yang bakal dia anjurkan..
"kita tengok sapa makan lebih laju..aku ka kau?" 
dia mengukuhkan lagi rasional dia hendak bertanding..
dan aku atas kecetakan minda yang masih membelengu diri ketika itu hanya mengangguk-anguk kepala bersetuju akan idea dia yang tak seberapa nak betul tu..
lantas dia mengira..
"1..2..3"..
aku pun dengan pantasnya berusaha untuk makan dengan laju menghabiskan keropok itu..sekarang ini cerita kesatria baja hitam sudah tidak lagi menarik perhatian ku..pa yang ada dalam kepala aku ni hanyalah keupayaan untuk  menghabiskan keropok aku dengan kelajuan yang semeksimum mungkin..aku ingin buktikan kepada dia..aku bukanlah seorang adik yang boleh megalah dalam apa jua keadaan..ku lihat kakak ku seolah-olah berusaha juga untuk menghabiskan makanan dia..aku percepatkan lagi kelajuan ku mengunyah keropok dan akhirnya..aku telah berjaya menghabiskan keropok aku...
sumber dari google
yeahhh..
aku BANGGA wei..
aku lihat kakak aku dengan pandangan mata eksyen disertai dengan hidung yang kembang kerana beroleh kemenangan..
huh..
dia ingat dia cepat sangat makan?aku lagi cepat lah..
itulah yang ku ungkapkan dalam hati kecilku..
dan kakakku bersuara..dengan muka ala-ala cool..
"eh..habis sda keropok ko tie..cepat owh kan ko makan...ko tengok aku punya ni...banyak lagi..naa ko lihat la saja aku makan ah pasni..tia boleh minta..sapa suruh ko habiskan capat-capat"..
sambil itu mata ku terus menuju ke arah keropoknya..ku lihat keropoknya tak kurang dari separuh..
HUAAARGGHH..
kakak aku sengaja..dia sengaja..nak buat aku begini..
dia sebenarnya bukan nak kami bertanding betul pun..dia saja nak kenakan aku..dia nak keropok aku cepat habis pastu dia nak aku tengok dia makan..kenapalah aku ada kakak sedemikian rupa time kecik..
tapi aku tak salahkan dia seratus peratus pun..
akal aku ni pun pendek sangat time kecik..
dan atas sikap dia begitu tu..
aku berjaya mengharungi hidup didunia ini dengan lebih tabah..
pengajaran dia tu buat aku lebih berhati-hati dengan ajakan atau tawaran seseorang..
hee..dan nasib kakak aku tu  tak bawa perangai tu sampai besar ni..
hehe..next time aku cerita kisah lain yang dia belit aku lagi..

Powered by Blogger.