salam..
lama tak bersua kan..:)
hari ni hari jumaat..jadi sudah lama sa rancang yg setiap kali jumaat saya nak share something like santapan rohani or what so ever u called it..bukan nak show2 ka apa ka benda..but just nak berkongsi tuk peringatan bersama..mana-mana yang silap..boleh la tegur..kan..sa manusia biasa yang tak silap dari melakukan kesilapan..hehe..hari ni nak cerita tentang asas yang utama iaitu sembahyang..bagi setiap agama..masing2 ada kepercayaan sendiri kan..malah ada gaya sembahyang sendiri..dan sa percaya kepada agama sa iaitu agama islam..dalam islam solat adalah tiang agama..dan kita sebagai hamba ALLAH WAJIB menunaikan solat..yalah kan..sapa lagi nak dirikan tiang agama kalu bukan kita sebagai umat islam yang hanya menumpang di bumi ALLAH yang luas ini..takkanla nak suruh apek budha pula nak solat lima waktu..supaya agama islam semakin kukuh tiangnya..hehe..tapi bukan itu yang sa nak kongsi bersama disini..sa cuma nak berkonsi keagungan solat yang mungkin kita tidak sedar akannya..
Solat Jumaat dilakukan 2 rakaat pada waktu Zuhur hari Jumaat. Hukum solat Jumaat ialah Wajib bagi lelaki. Sebagaimana di sebut di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (Ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"
dan melalui pengalaman sa la..dulu2,kazen lelaki sa liat betul mau pi solat jumaat..aishh..nasib drg tu bukan adik sa..kalu adik sa..suda sa tarik telinga dia..mama sa selalu marah dorang..mama sa tu pantang betul kalu lelaki tia pi solat jumaat tanpa alasan yang munasabah..dan sekarang sa semakin jelas kenapa mama sa marah drg kazen2 sa dulu..tapi mama sa bukanla teriak2 marah..cuma apa yang diperkatakannya tu jelas sekali sindiran nya..lewat pun disindirnya..hehe..lucu pabila mengenangkan apa yang diperkatakannya.."orang pergi dapat pahala gajah,kamu pergi dapat pahala kuman"..whaha..yalah..dah tak ikut khutbah..manala nak dapat pahala gajah kan..hehe..