kelupis, lamban dan orang lama

| November 26, 2011


hye..
harini aku pergi kenduri kahwin orang kampung aku.. 
ya lah saudara mara kan kawin..kenala hadir bagi memeriahkan lagi suasana..
tadi seperti biasa kalau pergi sabtu biasanya keja-kerja nya mesti membungkus..
ha mesti ada sesetengahnya tak tau apa tu acara membungkus..
actually membungkus ni salah satu acara yang di buat di kenduri kahwin bagi suku kaum kadayan, brunei dan ada beberapa bangsa di labuan dan sabah yang mengamalkannya. yang dibungkus itu ialah kelupis dan juga lamban. kelupis dan lamban adalah makanan tradisi bagi suku kaum kami. 
ini kelupis gambar sumber dari google
ini lamban sumber dari google juga
isi kelupis dan lamban ialah beras pulut dan santan. sedap yaw kalu cecah sama kari atau kuah kacang..
huu..tak pandang bakal mak mentua limpas tu kalau dah hadap lamban dan kelupis..haha..
 daun yang digunakan untuk membungkus kelupis biasanya daun ngirik kami panggil.. kalau kamu aku pun tak taula..dan bagi lamban pula kebiasaannya daun kelapa yang digunakan untuk membungkusnya..
setelah dibungkus baru lah direbus..
namun tadi masa aku pergi aku heran kenapa teda bayang lamban dan kelupis..rupanya dorang dah buat kelmarin time hari jumaat..jadi aku pun terlepas peluang untuk membungkus.. 
so tadi kerja kami ialah memotong-motong segala bahan masakan seperti bawang, timun, lada, halia, lengkuas, best tau kalau kenduri di kampung ni...
semangat kerjasama dan tolong menolong tu begitu nampak sekali..
owh ya..
kalau di kampung kami ni, kebiasaannya kalau ada perkahwinan mimang tak sah kalau dorang tak buat pertandingan bagi memeriahkan lagi majlis ni.
contohnya, teka biji kepayas..kepayas tu betik dalam bahasa melayu,
selalu kalu masa meneka betik tu tak dipotong..sumber gambar dari google
 teka kuaci dalam botol, teka kacang hijau, jadi semua orang boleh meneka dan siapa yang bertuah dan tekaannya tepat, diala dapat hadiah..menarik tak menarik tak..hoho..
namun semua tu bergantung kepada tuan rumah juga selalunya..hehe..
selain tu..
selalunya pada masa-masa beginila saudara-mara berkumpul kan..
dan bagi aku masa ni la makcik-makcik dan pakcik-pakcik akan buka kisah lama dorang dan cerita dengan kami yang generasi muda ni..semua cerita lucu, pengalaman yang tak boleh dilupakan akan dibongkar pada masa ini..kadang-kadang ada cerita tu kami dah tahu sebab cerita dua tiga kali..namun pakmak pakmak aku ni merasakan itu merupakan hiburan yang tidak bosan dan sentiasa akan membuat mereka ketawa bila sesi imbas kembali itu bermula..
namun tadi ada satu topik yang dorang bualkan yang menarik perhatian aku..
iaitu mereka merasa mereka sudah berumur sekarang..
aku tertarik..
yalah mereka mimang berumur.. tapi takkan tak sedar..haha..
bukan-bukan itu maksud aku..
maksud aku yang sebenarnya ialah 
apa yang menyebabkan dorang tiba-tiba merasai perasaan sedemikian rupa..
setelah duduk diam senyum dan dengar cerita dorang baru aku mengerti, dorang merasakan bila dah nak menjahit mata tak nampak, bila anak-anak datang mengadu dan dorang tiada tempat mengadu, bila membaca kena pakai cermin mata, bila berkerja lama sikit mudah penat..
setelah diimbas-imbas,
semua bersetuju mengatakan hampir kesemua orang tua mereka dahulu pernah berkata
"masaai jua kamu kandila" 
dalam bahasa melayu nya.."nanti kamu akan merasainya juga"  
kandila tu bermaksud nantiiiiii hee 
dan sekarang mereka sedar mereka sudah merasainya..
dan itu buat aku terfikir..
kandila aku akan merasainya juga kah?

1 comments:

Anonymous said...

lambam sama klupis nganya ka? wajid jgn di lupa eh,,,hehe,,

Powered by Blogger.