ketika aku kecil..
aku pergi kesekolah agama pada sebelah petang..babah aku akan memberikan aku duit belanja tuk sekolah agama sebanyak RM 1.50..oleh kerana aku bersekolah dengan kaka aku..makanya kami akan ditinggalkan duit sebanyak RM 3.00 setiap hari di rumah..(ibu bapa aku teda dirumah ketika tengahari)..kebiasaannya babah aku akan mengasingkan duit belanja kami..namun pada hari itu..babah aku tidak mengasingkan duit belanja kami..ketika hendak ke sekolah dengan menaiki basikal..kaka aku telah membahagikan duit belanja itu..dia mengambil duit itu rm 2.00 dan memberikan rm 1.00 kepada aku..aku sudah merasa lain macam..mana aci..kaka aku mau membolot duit itu pada firasat aku..tidak lama kemudian dia memberikan aku 50 sen..dia meletakkan duit itu di tangan aku..namun aku sda tidak boleh menerima tindakan dia itu..otak aku sudah di kuasai dengan fikiran..kaka aku bolot duit aku..dia tipu..aku sudah mau menangis..aku tidak boleh terima dia mengambil duit kertas rm 1 itu dua dan aku hanya satu..dia ingat duit syiling 50 sen itu mampu memuaskan hati aku?namun..apala daya ku sebagai seorang adik..selepas menerangkan apa yang aku tanya iaitu..kenapa duit kertas dia 2 dan aku satu..dia terus menaiki basikal dan meninggalkan aku..aku yang masih kebingungan menangis merasa tertipu dengan perangai buruk kaka aku..tidak lama..kebetulan pula babah aku singgah sebentar di rumah..dia heran kenapa aku masih belum pergi ke sekolah..lagi dia heran kenapa aku macam baru di pukul jiran sebelah..okay teda kaitan...jiran aku baik semua..aku menceritakan kisah yang baru saja berlaku dalam masa 10 minit sebelum tu..babah aku yang tekun mendengar cerita aku mula ketawa..aku bingung..dimana lucunya cerita aku..aku sedih ni bah..SEDIH..anakmu ni ditipu kakanya..tak faham ka babah aku ni dengan cerita aku..setelah babah aku ketawa..dia membuka dompet dan memberikan aku duit sebanyak rm 1..jadi duit aku sda rm 2.50 la kan..lagi banyak dari kaka aku..aku tersenyum..lalu menyalam babah aku serta menghadiahkannya kiss di pipinya..(kebiasaan yang sukar dikikis smpai sekarang)..aku menganyuh basikal dan pergi kesekolah agama dengan riangnya..namun setelah aku menginjak lebih dewasa..baru aku sedar..yang aku mimang bodoh kurang pandai matematik..kaka aku tak tipu pun aku..aku yang tak berapa nak faham skill dia bahagi duit tu..jadi aku sedar kanak-kanak mimang ada peringkat umur dia tuk memahami sesuatu ilmu..:)
sumber dari google |
ketika aku kecil,
aku kesekolah dengan menaiki basikal..aku pandai menggunakan basikal dari tadika lagi..belajar menaiki basikal merupakan perkara yang paling melucukan dan menyakitkan..dimana..aku telah di ajar oleh mama aku bagaimana hendak menunggang basikal..aku belajar basikal terus menggunakan basikal saiz besar..saiz badan aku ketika itu separuh besar basikal..dan mama aku pun mengajar aku berbasikal..mula2 dia memegang sambil aku mengayuh perlahan-lahan..setelah aku berjaya menyeimbangkan badan..dia melepaskan basikal itu..dan aku..terjatuh la kerana tidak berjaya menyeimbangkan badan..ya.ya aku tau..tu perkara biasa dalam belajar menunggang basikal..yalah kan..aku bukan super women yang sekali saja suda pandai..aku kena jatuh berapa kali mcm dalam cerita drama2..supaya menunjukkan susah payah belajar basikal..:p..setalah jatuh 2,3 kali dimana kalu ditambah tolak ialah sebanyak 23 kali..:p..aku tipu ja..aku tidak bengap sebegitu...:p..aku pun pandai menunggan basikal..dan hadiahnya..kaki aku luka sna sini dan tangan aku calar situ sinun..ya..akibat jatuh dari belajar basikal..setelah beberapa tahun..aku sda boleh menunggang smbil melepaskan tangan..malah aku pernah bercita-cita tuk membeli basikal BMX tuk belajar sukan X-treme basikal..namun..hajatku hanyalah tinggal hajat....:)
sumber dari google |
0 comments:
Post a Comment