BURGER #2- Wira yang Bukan Wira

| January 14, 2013

"kak burger benjo satu, burger daging special satu. benjo tak mau sayur ya kak"
aku angguk dan senyum dekat dia.
"napa tak makan sayur ni akip?" 
"bukan sayala kak, tuuu sii.."
"ehermmm"
"ada la yang tak makan sayur kak" 
aku syak yang tak makan ni mesti yang sorang lagi ni. kawan akip yang seorang ni mimang pemalu. tak padan dengan nama. nama dia wira. tapi malu. macamana la nak jadi wira.
aku pandang wira sambil ulang soalan yang sama.
"eh bukan sayalah"
sambil pandang aku dengan mata yang tajam.
 owh owh tak mengaku. okay mari kita uji. siapa yang tak makan sayur antara mereka ni. kalau diaa..ish ish tak padan dengan badan betul la budak ni. yang akif kemetot ni lagi berani makan sayur. nasib dia ni membesar dengan sihat juga aku tengok. tinggi dah nak capai tinggi aku. mereka ni baru tingkatan dua kalau tak silap aku. 
aku tingkatan dua masih lagi kena kata macam budak darjah enam. nak kata aku tak matang la tu masatu. sapala nak kata matang kalau masih lagi main kejar-kejar di koridor sekolah. 
selepas bayar harga burger, mereka pun makan dekat kerusi-kerusi yang disediakan di luar rumah makcik aku. kira rumah pakcik dan makcik aku ni port tempat dorang berkumpul la. mereka ni sebaya dengan kazen aku. anak makcik akula yang bungsu. 
"arghhhh, sajala ni. kan dah kata jangan letak sayur" 
dia terjerit kuat. 
aku dah tahan gelak dalam perut. bagus tukar namalah wira. jangan letak nama wira kalau tak wira sangat nak makan sayur. kah kah kah

0 comments:

Powered by Blogger.