perkongsian bersama edisi 1

| July 30, 2010

salam..
lama tak bersua kan..:)
hari ni hari jumaat..jadi sudah lama sa rancang yg setiap kali jumaat saya nak share something like santapan rohani or what so ever u called it..bukan nak show2 ka apa ka benda..but just nak berkongsi tuk peringatan bersama..mana-mana yang silap..boleh la tegur..kan..sa manusia biasa yang tak silap dari melakukan kesilapan..hehe..hari ni nak cerita tentang asas yang utama iaitu sembahyang..bagi setiap agama..masing2 ada kepercayaan sendiri kan..malah ada gaya sembahyang sendiri..dan sa percaya kepada agama sa iaitu agama islam..dalam islam solat adalah tiang agama..dan kita sebagai hamba ALLAH WAJIB menunaikan solat..yalah kan..sapa lagi nak dirikan tiang agama kalu bukan kita sebagai umat islam yang hanya menumpang di bumi ALLAH yang luas ini..takkanla nak suruh apek budha pula nak solat lima waktu..supaya agama islam semakin kukuh tiangnya..hehe..tapi bukan itu yang sa nak kongsi bersama disini..sa cuma nak berkonsi keagungan solat yang mungkin kita tidak sedar akannya..

1)solat adalah tiang agama sperti yang sa cakapkan tadi..
2)amalan pertama di hisab pada hari kiamat ialah solat..tengok betapa pentingnya solat..
3)solat berfungsi sebagai penghapus dosa..bersyukurla kita sebagai hambanya diberikan jalan untuk menghapuskan dosa2 yang telah dilakukan..
4)Allah mengancam keras orang yang mensia-siakan solat..
5)Allah memerintahkan kita untuk meminta pertolongan dan perlindungan kepada-Nya melalui solat..
6)api neraka tidak akan membakar bekas sujud orang yang mengerjakan solat, waktu mereka masuk neraka atas dosa-dosa yang mereka lakukan.
7)yang membezakan orang-orang mukmin dan orang-orang munafik ialah sujud..sujud dalam solat
8)solat adalah penghibur atau buah hati Rasullah s.a.w..
9)solat adalah wasiat terakhir Rasullah s.a.w..
10)syaitan selalu berusaha memutuskan solat daripada manusia..

selain itu sa juga ingin berkongsi tentang solat jumaat..:)

Solat Jumaat dilakukan 2 rakaat pada waktu Zuhur hari Jumaat. Hukum solat Jumaat ialah Wajib bagi lelaki. Sebagaimana di sebut di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (Ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"

dan melalui pengalaman sa la..dulu2,kazen lelaki sa liat betul mau pi solat jumaat..aishh..nasib drg tu bukan adik sa..kalu adik sa..suda sa tarik telinga dia..mama sa selalu marah dorang..mama sa tu pantang betul kalu lelaki tia pi solat jumaat tanpa alasan yang munasabah..dan sekarang sa semakin jelas kenapa mama sa marah drg kazen2 sa dulu..tapi mama sa bukanla teriak2 marah..cuma apa yang diperkatakannya tu jelas sekali sindiran nya..lewat pun disindirnya..hehe..lucu pabila mengenangkan apa yang diperkatakannya.."orang pergi dapat pahala gajah,kamu pergi dapat pahala kuman"..whaha..yalah..dah tak ikut khutbah..manala nak dapat pahala gajah kan..hehe..

renung-renungkan dan selamat beramal..:)

2 comments:

Anonymous said...

that y la sa sudah menjadi spt mama kau...sb mama sa pun slalu marah bapa sa klu tia p solat jumaat...heheh..."ayat dia :..yang kau mbawa B tu,dpt jua singgah..bukan jua batah"...huhu...

eitaya eid said...

heehee..:)

Powered by Blogger.