kakak aku yang serupa kakak tiri snow white ~kisah satu~

| November 16, 2010

yeah..
aku ada seorang kakak..
nama dia dirahsiakan..
tak caya?tingok pic bawah ni..dia pun setuju dengan tindakan aku..
*sda berpunya..harap maklum
kan..kan..caya ka tidak sekarang?
dia la kakak aku dunia dan akhirat..
dia baik,comel,sda kerja,banyak duit,boleh belanja makan,boleh kasi beli baju..
okay..kenapa mukadimah mcm mau minta kena penyepak belanja ja ni??haha..ya..susah senang sda kami harungi bersama?? 
(berfikir sebentar apa yang sudah di harungi) 
dan sedar tak sedar..kami sudah menginjak ke alam rumah tangga dewasa..
kalu di ingat time bebudak..time aku masih lagi comel bagai anak ikan emas..
banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..
kalu di suruh ulang balik pada masa itu..
dengan cepatnya kepala aku menggeleng-geleng..
teruskan menuju ke masa depan..
mana tidaknya..
kakak aku tu masa dia kecik-kecik..
otak belum pandai fikir panjang..namun otak dia bukan saja tak panjang..
malah berbelit-belit lagi..dan aku adalah mangsa belitan dia..
(aku sure dia mengamuk suka punyaa la ni baca entry ni..dah la dia request baru aku mau tulis pasal dia..:p) 
ni adalah story time aku jadi mangsa belitan dia..
sedia la tisu..
mana tau kamu sedih baca cerita aku..

kisah pertama,
ketika itu..aku dan dia berdua..berada di rumah sambil menengok siaran kegemaran kami iaitu kesatria baja hitam
(kita pernah minat tengok ni cerita ka?) 
kesatria baja hitam..sumber dari google
sambil menengok ni cerita..
kami makan keropok double decker perisa ayam yang telah kami beli sebelum cerita itu bermula..dan atas dasar selfish masing-masing maka kami makan keropok masing-masing tanpa mengofer kepada mana-mana pihak..dari pihak dia pun tak mengofer..pa tah lagi dari pihak aku pun tak nak memberi..:p..
setelah 5 minit mengunyah..dia merenung ke arah keropok aku..hati aku mulai bimbang..aku sorok sikit keropok aku kebelakang badan aku..
aku tenung mata dia dengan pertanyaan..
kenapa?
tiba-tiba dia bersuara..
aku berdoa janganlah dia minta keropok aku..
aku tak rela nak bagi..
dia cakap begini..
"tie,jumla kita bertanding"..
bertanding???
sudah kakak aku ni..
perkataan bertanding pula dah kuar dari mulut dia...
"kita bertanding sapa dulu abiskan keropok..dia menang...mau?"..
aku mula ragu-ragu dengan pertandingan yang bakal dia anjurkan..
"kita tengok sapa makan lebih laju..aku ka kau?" 
dia mengukuhkan lagi rasional dia hendak bertanding..
dan aku atas kecetakan minda yang masih membelengu diri ketika itu hanya mengangguk-anguk kepala bersetuju akan idea dia yang tak seberapa nak betul tu..
lantas dia mengira..
"1..2..3"..
aku pun dengan pantasnya berusaha untuk makan dengan laju menghabiskan keropok itu..sekarang ini cerita kesatria baja hitam sudah tidak lagi menarik perhatian ku..pa yang ada dalam kepala aku ni hanyalah keupayaan untuk  menghabiskan keropok aku dengan kelajuan yang semeksimum mungkin..aku ingin buktikan kepada dia..aku bukanlah seorang adik yang boleh megalah dalam apa jua keadaan..ku lihat kakak ku seolah-olah berusaha juga untuk menghabiskan makanan dia..aku percepatkan lagi kelajuan ku mengunyah keropok dan akhirnya..aku telah berjaya menghabiskan keropok aku...
sumber dari google
yeahhh..
aku BANGGA wei..
aku lihat kakak aku dengan pandangan mata eksyen disertai dengan hidung yang kembang kerana beroleh kemenangan..
huh..
dia ingat dia cepat sangat makan?aku lagi cepat lah..
itulah yang ku ungkapkan dalam hati kecilku..
dan kakakku bersuara..dengan muka ala-ala cool..
"eh..habis sda keropok ko tie..cepat owh kan ko makan...ko tengok aku punya ni...banyak lagi..naa ko lihat la saja aku makan ah pasni..tia boleh minta..sapa suruh ko habiskan capat-capat"..
sambil itu mata ku terus menuju ke arah keropoknya..ku lihat keropoknya tak kurang dari separuh..
HUAAARGGHH..
kakak aku sengaja..dia sengaja..nak buat aku begini..
dia sebenarnya bukan nak kami bertanding betul pun..dia saja nak kenakan aku..dia nak keropok aku cepat habis pastu dia nak aku tengok dia makan..kenapalah aku ada kakak sedemikian rupa time kecik..
tapi aku tak salahkan dia seratus peratus pun..
akal aku ni pun pendek sangat time kecik..
dan atas sikap dia begitu tu..
aku berjaya mengharungi hidup didunia ini dengan lebih tabah..
pengajaran dia tu buat aku lebih berhati-hati dengan ajakan atau tawaran seseorang..
hee..dan nasib kakak aku tu  tak bawa perangai tu sampai besar ni..
hehe..next time aku cerita kisah lain yang dia belit aku lagi..

3 comments:

Anonymous said...

kuang hasam ko tie..kan tekamih ku eyh..ngok!....huhuhuhu

z@kw@n said...

hahahahhaha
suka2
cerita zaman budak2 kengan :P

eitaya eid said...

zakwan-klau ingat mimang lucu lah...hehe..kaka sa ni ada ja idea dia ni mau kenakan sa..hee

Powered by Blogger.