Makan Punya Cerita

| November 25, 2011


salam satu, dua, tiga, empat, kalau rajin sambungla sampai penat..hehe.. 
baiklah kalini aku nak cerita pasal makan pula.. 
owh ya..kawan-kawan kita semua sedia maklum bahawa ada sesetengah orang boleh makan tu, tak boleh makan ni, suka makan tu, tak suka makan ni, dan aku tulis sini bukan untuk cerita tentang orang..dah namanya blog aku mestila aku nak cerita tentang apa yang aku suka makan dan tak suka makan walaupn aku tau jiran sebelah rumah aku suka dan tak suka makan..aku tak akan cerita.. 
baiklah yang pertama 
makanan yang aku suka makan..ermm macam banyakkk..yalah yang kita suka kan..mimang lah banyak..namun apa yang pasti kalau makanan berunsur daging dan ikan mimang menjadi pilihan utama. hee
tak nak cerita banyak tentang yang suka makan la 
cerita tentang yang tak dimakan oleh aku la..cakap pasal tak di makan ni bukan pasal aku ni memilih ka apa..tapi ada faktor juga kenapa aku tak makan..
salah satunya disebabkan aku mimang tak boleh makan sebab alergic..
aku alergic pada makanan laut terutama udang..
kalu makan gatalnya tak boleh tahan..bukan aku berubah menjadi gatal..
namun rasa gatal terutama di lidah dan kerongkong membuatkan aku tak boleh tahan dan yakin untuk makan udang..dan aku tak berapa makan kacang..
bukan tak boleh makan boleh cuma dalam kuantiti sedikit..
bukan atas sebab aku takut mitos bakal berjerawat kalau makan kacang..cuma yang aku pasti kalu makan banyak..aku bakal batuk la tak lama lepas tu..sapa tahan batuk kan..semua pun tak suka mengalami penyakit batuk..ha itu kisah alahan dan alahan tak seberapa alahan..
sedih dewan bahasa dan pustaka baca ayat aku ni..
 yang lagi satu pula disebabkan aku mimang tak makan sebab ermm sebab ermm hee tak boleh nak telan.. bukan sebab besar or keras or tak sedap.. tak sedap la tu bagi tekak aku..haha.. 
antara makanan yang disenaraikan tak masuk tekak ialah tauge, tempe, kulit ayam goreng, kuew tea yaw (hentam ja eja), kacang buncis, sayur dalam mee goreng (ntah pa pa aku..selalu kalu tumis aku makan ja), mix vege, dan aku rasa setakat itu sajala.. 
gambar dari google
gambar dari google
kan..kan tak banyak kan..
aku makan ja kalau kena bagi yang lain..cuma tula ja ya tak masuk tekak..hee..
namun ada juga jenis makanan yang kita suka makan tapi tak boleh makan banyak..
contohnya dalam kes aku ni..aku suka makan junk food...emm jajan la tu..
cuma atas nasihat doktor yang merawat setelah aku di hantar kehospital jam brapa pagi ntah nda ingat.. 
dia suruh aku makan jajan sekali sekala sejenak sahaja..wei seksa sakit dia tau masa kena bawa pi hospital tu.. nasib MA dia yang merawat tu sedap mata memandang.. sejuk juga jiwa masa tu..masa tu ja tau..
sempat aku kan..aku mengorat?tak..aku diam-diam ja..manala ada masa dalam sakit-sakit tu..hee..
doktor pesan kalau nak buah pinggang tu rosak teruskan lah makan jajan kesayangan kau tu..haha..
okay2 aku tipu..doktor tak cakap macam tu..kalau cakap macam tu mimang nak bawa gusti..
owh ya antara contoh makanan jajan aku dulu tu ialah keropok pewarna..hehe mana ada keropok pewarna..
gambar dari google
sumber dari google dan ni tak tukar warna mulut pun cuma ternampak teringin nak makan..dah lama tak makan..haha



keropok yang mempunyai bahan pewarna yang terang sehingga kalau tak oren tangan tak berenti makan, cola, coklat, asam boi yang masin, gula-gula pelbagai bentuk perisa dan kalau boleh bertukar warna mulut dan lidah..hoho, MAGGI asam laksa, tomyam, haa tu la tu..yang nyata aku ingat sebelum aku di bawa ke hospital tu, aku yakin aku makan maggi 4 hari berturut-turut, tapi aku tak rasa itu punca la..hehe..
setelah mendengar nasihat doktor, aku pun meninggalkan satu persatu tebiat makan tidak sihat aku tu. dan sekarang aku mimang jarang makan jajan.. tapi kalau angin gila menyerang aku bantai la makan sampai hati puas..kadang-kadang kena juga puaskan hati perut..hehe..
perut ada hati ka? ada kalu tak kenapa ada peribahasa HATI PERUT erm tu peribahasa ka? 
gagal.. gagal betul bm ni..eh aku A1 tau bm dalam SPM.. mimang manusia mudah lupa dan aku manusia..
jadi ngamla tu..hoho..jadi pasal pa aku showoff pasal SPM pula ni..
okay sekarang balik pasal makan tadi..
dan nyata bagi orang yang beragama islam haram baginya kalau makan makanan yang haram nyatanya seperti babi khinzir dan segala keturunannya dan binatang-bintang yang berkuku tajam, bertaring, hidup dua alam, binatang-binatang reptelia la kebanyakkannya, 
dan yang nyata nasi goreng kampung dan air sirap yang di jual juga haram. 
ya haram dimakan jika makan tak bayar..:p

P/s: sila perhatikan logo halal di setiap pek pembelian barang-barang. PASTIKAN HALAL.

0 comments:

Powered by Blogger.