BURGER #4- Haikal Tak Nakal

| January 22, 2013


"kak, burger daging special satu k. nanti aku ambil"
"okay"
haikal pun berlari menuju kumpulan kawan-kawannya. berlari sambil menyorong basikal ditepinya.
 apalah si haikal ni. cubalah kayuh. kata hatiku sajalah.
kelihatan ketibaan haikal membuatkan kumpulan rakan-rakannya terus bising dengan gelak tawa.
owh haikal ni penghibur mereka la ni. firasat ku sekali lagi menafsir haikal.
"siap, pi panggil haikal. aku mau masuk rumah jap" kata adik
"KALLLLLL"
aku melaung. takut haikal tidak dengar. mereka pasang muzik spain yang menjadi kegemaran mereka.
bara bara bara bere bere bere. lagu spain kuat berkemundang.
"KALLLL"
sekali lagi aku melaung.
kelihatan haikal berlari ke tempatku berdiri.
"nah, burgermu"
haikal hulur duit. aku ambil. cukup. tiada baki. tiba-tiba
"sampai hati kaka cakap aku nakal"
"???"
"kaka panggil aku kalll, kallll, nakal kan maksud kaka"
terus haikal berlalu meninggalkan aku.
aku sambil senyum senyum.
"????"
dari jauh dengar ketawa haikal.
seronok la tu kasi kena aku. choi.

kisah tentang #BURGER

| January 14, 2013

semua kisah tentang burger dibawah ini dan bakal di upload lagi nanti adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupan yang telah tiada. gila aku buat cerita orang yang sda tiada. haha. eh bukan cerita BURGER pertama pasal orang yang tiada ka. haha. no hurt feeling. kalau ada kaitan. itu cuma sumber ilham. minta maaf.

BURGER #3- HYBRID

|

mereka datang lagi dengan kereta ala-ala sport tak jadi tu. cermin gelap diturunkan. menu biasa di order. HYBRID. ya HYBRID. mereka mimang order burger ni kalau datang sini. HYBRID merupakan salah satu menu istemewa di gerai aku. hybrid ni gabungan antara  ayam dan daging. kira double la. kami letak harga pun boleh tahan. namun bagi aku, aku tak berapa suka makan benda campur-campur begini. macam kejadian luar alam aku rasa. aku angkat kening dua kali pada adik. adik sedaya upaya simpan senyum. kami bekerja dengan pantas. siap. ucapan terima kasih aku ucapkan sebaik saja bayaran diterima. seperti biasa dia senyum dan berjalan dengan gaya straight yang ermm ermm. malas nak cakap.
"kau nampakla kawan dia yang sorang lagi tu?" tanya adik.
"tak"
"kau rasa dia bawa perempuan ka lelaki?"
"lelaki la"
"kau sure?"
"sure. aku ada nampak imbasan dia. mimang lelaki la dik"
"ko rasa dia straight atau patah?"
"entah, ragu aku dengan status dia"
"sudahlah beli hybird."
"jadi? ko jangan dik"
"aku ragu"
"jum stalk fb dia"
"eh ko freind ka sama dia"
"tidak"
"jadi mcamana mau tengok fb dia"
"itulah ko dik, ko tak tau akak ko ni stalker.alah kalau setakat area-area sini. masih boleh carila"
"gila juga kau ni, stalker"
"nama pun fb. tempat stalk orang yang kita tak kenal"
search @#@$#$@##
"eh betullah. gila la ko boleh cari fb dia"
"tengok tanganlah. ko ingat aku boleh bungkus burger ja"
info tentang dia ni boleh tahan panjang. buat karangan ka apa ni. 
"saya seorang yang straight tak patah mana-mana"
kami ketawa. cis macam tau-tau ja kami ragu.
"dik dia tau kita ragu tentang dia dik."
tak boleh la nak troll lebih-lebih ni. klik page dia. scroll status dia.
"eh dik ni macam gerai kita. eh ni macam gambar kita tadi ni dik. eh dik sekarang siapa yang troll siapa ni?"
kahkahkah. padan muka kami. 


BURGER #2- Wira yang Bukan Wira

|

"kak burger benjo satu, burger daging special satu. benjo tak mau sayur ya kak"
aku angguk dan senyum dekat dia.
"napa tak makan sayur ni akip?" 
"bukan sayala kak, tuuu sii.."
"ehermmm"
"ada la yang tak makan sayur kak" 
aku syak yang tak makan ni mesti yang sorang lagi ni. kawan akip yang seorang ni mimang pemalu. tak padan dengan nama. nama dia wira. tapi malu. macamana la nak jadi wira.
aku pandang wira sambil ulang soalan yang sama.
"eh bukan sayalah"
sambil pandang aku dengan mata yang tajam.
 owh owh tak mengaku. okay mari kita uji. siapa yang tak makan sayur antara mereka ni. kalau diaa..ish ish tak padan dengan badan betul la budak ni. yang akif kemetot ni lagi berani makan sayur. nasib dia ni membesar dengan sihat juga aku tengok. tinggi dah nak capai tinggi aku. mereka ni baru tingkatan dua kalau tak silap aku. 
aku tingkatan dua masih lagi kena kata macam budak darjah enam. nak kata aku tak matang la tu masatu. sapala nak kata matang kalau masih lagi main kejar-kejar di koridor sekolah. 
selepas bayar harga burger, mereka pun makan dekat kerusi-kerusi yang disediakan di luar rumah makcik aku. kira rumah pakcik dan makcik aku ni port tempat dorang berkumpul la. mereka ni sebaya dengan kazen aku. anak makcik akula yang bungsu. 
"arghhhh, sajala ni. kan dah kata jangan letak sayur" 
dia terjerit kuat. 
aku dah tahan gelak dalam perut. bagus tukar namalah wira. jangan letak nama wira kalau tak wira sangat nak makan sayur. kah kah kah

Powered by Blogger.