BURGER #1- Ada tapi Tiada

| January 10, 2013

Mereka datang lagi. aku dengan pantas melirik ke bahagian belakang kereta. Selalunya dia mimang duduk di belakang. Tak pernah lagi dia duduk di hadapan mahupun  membawa kereta. Mungkin dia tiada lesen kereta. Dan seperti biasa, dia khusyuk dengan telefonnya dengan pakej muka pesen nak hujan saja.
 "Burger daging special dua ya. Mayo lebih", kata mamat rambut belah tepi sambil kenyit mata sama adik aku.
Eh mamat ni sempat lagi. Adik buat muka toya dan angguk. Tangan adik lincah ambil dua roti dan bakar atas pan yang tersedia. kira-kira 5 minit burger yang diminta siap.
 "Awak ada no telefon", tanya mamat belah tepi tadi pada adik.
Adik angkat pandangan dari pan bakar burger. Pandangan mata adik mimang tajam. Nampak garang namun kadang-kadang itu menjadi keistimewaan adik. Adik tanya buat apa nak nombor dia. Mamat belah tepi cakap senang nak order kalau banyak. Tak payah tunggu lama. Terus ambil. Adik pandang aku. Mamat tu pun pandang aku. Aku dalam hati nak kata jangan. Yalah kalau dorang cuma tinggal ambil. Aku tak akan ada peluang lagi nak lihat dia.
Eh sejak bila mata ni begini? Jadi gatal ni.
Namun gerak fizikal kadang-kadang khianat hati tuan. Aku angguk. Sebab realitinya peniaga macam aku mestilah mementingkan keuntungan. Mata tadi dah tukar watak jadi mata duitan. haha. Setelah mamat tu dapat nombor adik. Mereka pun begerak ke kereta dan terus jalan. Aku sempat tengok lagi dia. Dia angkat muka dan pandang aku sambil senyum.
 Eh dia boleh senyum lah. aku nampak matahari bagai menyinar terang lepas nampak senyumannya.
 Ulam tidur la ni gayanya. 
Setelah berkali-kali membeli baru harini nampak wajah cerianya.
     *******************
Dua hari lepas tu adik terima panggilan dari mamat belah tepi. Dia kata nak order burger dalam 15 biji. Dalam 30 minit dia datang ambil. Adik jawab ok. Kadang-kadang aku rasa hidup adik mudah. Contohnya. macam perbualan tadi. Dia cuma cakap hello dan okay. Dua perkataan saja dah selesai satu urusan jual beli. Mudah bukan?
 Setengah jam lepas tu mamat belah tepi tu tiba. Tapi bukan berdua macam biasa namun kali ni bertujuh. Owh jadi aku anggarkan seorang makan dua biji la ni. Eh tapi ada extra satu lagi. Jadi salah sorang mesti makan tiga. Gila kuat nafsu makan sampai tiga biji. Elah tapi burger bukan kenyang mana kalau makan sebiji. Standard la lelaki makan sampai tiga.
 Namun pelik aku rasa bila aku tak nampak dia. Bukan pelik. Sebenarnya aku mencari. Mana dia. Aku lirik satu-satu muka mamat-mamat depan ni sambil bungkus burger. Mana tau dia tukar imej hari ni. Jadi mamat ceria. Tapi hampa. Dia tiada. Aku nak tanya mamat belah tepi ni tapi dia sibuk usha bawak adik aku yang sepatah dua kata sahaja jawapan yang ku dengar dari mulut dia. 
Aku kalau tak kena tanya lebih suka diam diri.
Tiba-tiba mata adik aku dan mamat belah tepi tertumpu pada aku. Sudah. Apa hal pula ni. Jauh dah fikiran aku melayang ni gara-gara dia. Aku senyum. Minta ulang suara. Adik cakap dia bukan astro. Dia Rancangan Televisyen Malaysia Satu. RTM 1 la tu. Tiada siaran ulangan. Terpaksa aku mohon ihsan mamat belah tepi ulang suara. Dia ulang tanya. Boleh dia ajak adik tengok wayang bila adik free. Aku tengok adik. Aku tengok balik mamat belah tepi. Aku jawab. Boleh dengan syarat. Nak tau nama kawan dia yang selalu duduk belakang kalau singgah membeli. Muka mamat tu berubah.
 Namun dia senyum balik lalu jawab,
 "Kak, selalu kami dua ja lah yang beli. Akak ni bergurau pula. Kalau yang ni nama dia farizal", sambil tunjuk kawan dia yang rambut pacak-pacak.
 Aku diam. Mamat tu renung aku semacam. Muka dia ni pesen nak makan orang pun ada. Aku perasan. Dia pun jarang senyum. Bukan macam pesen mamat belah tepi yang sentiasa mesra alam. Tak kan aku silap. Aku nampak lah dia selalu. Dia yang baru beberapa hari lepas senyum kepada aku.
 Kemanakah kau menghilang?
    ***********************
aku berbasikal menyelusuri jalan raya. tiada hala tujuan. saja membawa badan yang dirasakan sudah bertambah nombornya bila ditimbang di mesen penimbang. fikiranku melayang mengingatkan dia. dia yang kerap kali muncul dalam ingatan bila ada masa senggang. macam sekarang ni. dan tanpa di sedari aku telah terlanggar sebatang kayu. lalu jangan cakaplah. aku bukan orang yang mempunyai kemahiran mengelak kejadian yang 2 saat lagi akan berlaku. cuma yang boleh dilakukan ialah cuba menyelamatkan diri dari jatuh teruk. aku tak sanggup lihat kejadian aku akan jatuh. jadi aku tutup mata. berharap kesakitan yang melanda akan berkurangan. setelah badan selamat mendarat di jalan, aku terdengar suara bertanya.
 "awak tak apa-apa? sakit ka?" ada nada risau dan tawa dalam pertanyaan itu.
 namun aku kalau bab-bab kena tanya sakit ka tidak lepas jatuh ni mimang pantang. dah jatuh mimangla sakit. aku buka mata sambil cuba buat pandangan tajam adik dan cuba pandang pemilik suara yang bertanya tadi. pandangan bertukar rupa. 
DIA.
eh eh bukan dia. aku dah gila bayang ka apa ni semua orang aku nampak macam dia. aku tergeleng-geleng. farizal dah buat muka pelik. aku pun buat muka pelik. 
dia ingat dia saja pandai buat muka begitu. aku pun boleh la.
tapi kenapa dia ada di sini. apa nak buat ni. 
nak buat-buat macam dah kenal lama macam selalu bertegur sapa ka?
tak kan nak kata owh owh awak yang selalu buat pesen muka nak makan orang  tu kan.
 ka buat-buat tak kenal. umpama inilah perjumpaan kali pertama.
okay pihan kedua adalah terbaik. buat-buat inilah perjumpaan kali pertama. 
dia pandang aku semacam. lalu tawa dia meletus.
 "awak okay ka tidak ni? nak saya bawa pergi hospital? mana tau ada apa-apa yang putus."
 " hah putus? aku jawab.
 setau aku kalau jatuh ni luka atau cedera ja. bila pula jatuh boleh bikin putus.
"yalah, putus, putus wayar dalam tu sambil tunjuk kepala aku."
 eh, eh dia ni. aku dah la jatuh.
 awak tau tak orang yang cedera emosi dia tidak stabil. 
apalagi selepas tu mendengar  perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. mimang dia ni telah berjaya menghidupkan penunu bunsen hati aku ni. namun aku seperti biasa, kalau dah hidup penunu bunsen ni. jalan terbaik ialah aku simpan kasa dawai sebagai penahan dari membakar yang tak sepatutnya. 
kasa dawai aku ialah diam.
jadi aku bangkit dari tempat jatuh. perit dirasakan di tangan dan lutut. aku syak adalah yang kena taruh minyak ni balik ni. sapu pasir2 yang melekat di pakaian, ambil basikal, naik dan kayuh macam tiada yang berlaku. aku tinggalkan ja dia yang menjadi api kepada kemarahan aku. dia jerit
"eh awak. awak. awak betul ka ni okay?"
 aku just buat simbol okay menggunakan tangan tanpa menoleh kebelakang. sampai mati aku akan ingat tempat ni. kata orang tempat jatuh lagikan dikenang.
 ya aku akan kenang sampai bila-bila.
  ***************
mamat belah tepi dan farizal datang lagi ke gerai burger kami. seperti biasa order yang diminta. 
burger daging special dua. aku tak nampak dia. aku hampa.
"kenapa tangan awak tu? pasal jatuh haritu ya?"
 tiba-tiba farizal, mamat mata tajam tu tegur tangan aku.
kan aku dah kata. mata dia tajam. semua dia nampak. tangan aku yang luka ni pun dia boleh perasan. ka dia telek badan aku. eh aku risau. dia ni betul ka tidak. aku tergagap-gagap.
 "yaa..yaa.yang ja..ja..tuhh baa si si kal ha haritu"
eh napa macam nak jawab soalan interview ni. dia orang biasala. pelanggan ko. apa kena dengan aku ni. adik toleh. pandang aku semacam. aku tau maksud pandangan tu. 
dia tanya bila jatuh basikal dan sejak bila jadi gagap.
 mamat mata tajam tu senyum segaris. eh eh dia ada lesung pipit la. dalam lagi tu. namun pemandangan tu hanya sebentar cuma. dia buat muka pesen dia balik.
 "owh lain kali hati-hati la. haritu awak jalan terus. tak menyempat.".
aku angguk saja sambil senyum. ni semua kawan kamu punya pasal la. kalau aku tak teringat-ingat kawan kamu tu mimang aku tak jatuh basikal la. mesti aku nampak kayu tu. tapi yalah kan tak kan aku nak cakap begitu pula dengan mereka. kawan mereka tu ramai. nak cakap nama dia pun tak tau. eh dia pergi mana ya. napa dia tak ikut harini. seperti selalu. 
aku hampa.
     *******************
aku cuba capai buku di rak. tapi tak sampai.cuma sampai hujung kuku aku saja. aku ni boleh kata sedang-sedang juga tinggi. namun ketinggian buku di rak tu tetap juga tak boleh aku capai. ish tak kan aku nak buat aksi lompat-lompat capai pula dalam kedai ni. nanti buku yang diambil tak tercapai. buku-buku lain menyembah lantai. malu aku satu kedai ni kalau kejadian tu berlaku. aku geleng-geleng kepala.
 "awak mimang suka geleng-geleng kepala tiba-tiba ya?"
aku dengar satu suara dari belakang. tiba-tiba ada tangan yang mencapai buku yang aku ambil. kedudukan dia yang rapat membolehkan aku terhidu haruman yang dipakai. gila wangi orang ni. mandi pakai sebotol sabun ka apa. lalu dia serahkan buku yang aku kehendaki kepada aku. laa si farizal ni lagi. dia ni stalk aku ka apa. mana-mana aku pergi ada dia. aku ambil cakap terima kasih lalu terus ke kaunter. yalah kan tak kan aku nak sembang lama dengan dia. aku bukan kenal dia. dia bukan rakan yang aku kena borak dua tiga ayat sebelum blah. selesai membayar harga buku. 
aku teruskan perjalanan. adik aku janji nak ambil aku lepas dia selesaikan urusan pengambilan lesen motor dia. aku dah bosan. tak tahu nak buat apa. tiba-tiba perut ni meminta di isi. 
baru aku teringat. aku tak makan tengahari lagi. ingat nak makan sekali dengan adik. aku teringat kedai jagung di tepi kedai buku tadi. aku pantaskan kaki aku ke kedai tersebut dan memesan dua jagung manis campur mayonis. sementara menunggu aku pandang jalan raya. melintas pelbagai kereta. 
eh eh tu bukan kereta mamat belah tepi ka. aku dengan pantas tengok bahagian belakang. 
diaa. dia adalah di belakang. 
pandangan kami bertembung. dan buat kali kedua. 
dia senyum lagi. aku senyum balik. 
owh hati rasa bahagia.
     ***********************
harini mamat belah tepi ja yang datang gerai aku. adik aku dan mamat ni dah jadi rakan.
 rakan macammana.
aku tak tau.
"awak seorang ja? rakan-rakan mana?"
 aku aju soalan. sebenarnya nak sambung. kawan awak yang duduk belakang selalu tu tak ikut ka?
 tapi nanti pelik la kan.
 "iya. dia kirim ja kak. kirim salam kat akak" dia ketawa.
adik aku pun dah join sekali ketawa. amboi sejak dah geng ni boleh la pula pakat-pakat begini. 
ni dah join pakatan rakyat ka apa ni.
 "kirim salam kat dia balik ya. cakap kat dia setakat kirim salam tak memajukan bisnes akak. lain kali kirim burger 20 biji baru la"
 mamat belah tepi dan adik aku dah lepas tawa.
"akak ni kepala otak tu fikir bisnes saja". 
mimanglah.
sapa nak bagi aku duit kalau aku tak fikir nak majukan bisnes aku ni. apalah dia ni.
 "kawan awak yang selalu duduk kat belakang tu sapa nama ya?"
 aku dah mulakan pertanyaan. selalu aku nak tanya. tapi aku segan dengan mamat mata tajam tu. entah napa dia tu boleh buat aku jadi gagap tak bersebab. lagi-lagi banyak kejadian yang tak berapa nak berkenan untuk diingat berlaku kalau aku dekat-dekat dengan dia.
 "akak ni balik-balik dah tanya saya. kak, tiada siapalah yang duduk kat belakang tu. tiap kali kami datang mimang saya dengan farizal ja lah kak. akak buat saya seram tau. haritu saya anggap akak main-main. kalini bila akak tanya lagi. buat saya rasa pelik pula dah ni.daripada akak tanya nama orang yang takda. bagus lagi akak tanya nama saya. saya haiqal. akak tak tau lagi kan. hehe"
eh betullah aku nampak. dia lah. dia yang sedih. dia yang senyum kat aku. dia yang aku tak tau nama dia.
 "eh betullah. kan dik kan. adik pun nampak kan. orang yang duduk belakang kereta mereka selalu."
aku cuba mendapatkan sokongan adik
." tak penah nampak sapa-sapa pun. mimang mereka berdua ja selalu"
 dah sudah. siapa yang aku nampak selalu tu.
 "berapa tu kak? harini haiqal beli burger hybrid. salah satu menu special kami.
"RM 3.70".
 dia buka dompet dia. selalu mamat mata tajam yang bayar.haiqal tercari-cari duit kecil dalam dompet dia. mata aku menyorot ke gambar di dalam dompet haiqal. gambar bertiga. 
dia. dia. dia. 
dia yang tengah-tengah tu.
 "haiqal!!"
haiqal terkejut. yalah sapa yang tak terkejut. aku tiba-tiba menjerit. 
adik aku pun pandang semacam.
 "tu, tu" 
aku tunjuk gambar yang berada dalam dompet tadi.
"yang di tengah-tengah tulah akak selalu nampak."
 muka haiqal dah berubah pucat semacam.
 "ha jangan nak mengelak haiqal. cepat bagitau akak siapa nama dia."
aku tiba-tiba teruja.
 " nama dia Faizal. dia abang kembar Farizal.mereka kembar tak seiras. mereka ni tua 2 tahun dari saya."
owh mereka ni tak seumur rupanya. kira haiqal ni adik-adik la buat mereka.
"tapi kak. farizal ni dah meninggal 3 bulan lepas. dia kemalangan ketika nak beli burger kat kedai akak. dia mimang selalu lalu kat gerai akak. tapi tak berani nak singgah beli. dia malu nak order. tapi kami tau dia malu kat akak. tapi satu hari tu dia kata nak beli juga. tapi ntah macamana dia kemalangan ketika nak singgah kat gerai akak ni. itu sebab kami mula beli burger kat gerai akak ni.betulka akak nampak dia dalam kereta saya selalu?" 
aku angguk.
tak terkata-kata. nak menangis pun tak boleh juga.
 nak percaya macam taknak percaya juga.
"kena buat kenduri doa selamat ni. untuk doakan agar arwah tenang di sana".
aku masih tak boleh cerna semua ni dalam minda. dia dah takda? 
owh Tuhan. dugaan apakah semua ini?
 ******************
aku bacakan surah yasin kat kubur arwah faizal. tadi selepas kenduri arwah aku minta haiqal tunjukkan aku dimana kubur arwah. rasa sedih yang selama ni berkumpul terlerai di depan kubur arwah sesudah selesai aku  bacakan surah. farizal hulurkan sapu tangan.
 " saya macam tak percaya dengan apa yang terjadi. tapi yang nyata semua ni berlaku. saya harap agar arwah tenang disana".
betul, aku tak pernah kenal arwah. tapi entah kenapa semua ni berlaku. 
aku harap semua yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya. 


*bakal bersambung kalau aku rajin*
                                                            


2 comments:

ina said...

salam,ni crta btul2 ka crta tipu ni tie?

eitaya eid said...

hahaha rasa2??

Powered by Blogger.