kalau dah nak dekat exam mimang beginila ni..

| May 20, 2011

ermm...dah lama tak menjenguk ke laman sesawang aku yang satu ni kan..mimang bersawang sungguh la ni..hee..baiklah bagi mengupdate cerita-cerita yang lama suda aku kasi tinggal ni..sini aku cerita apa aktiviti-aktiviti yang telah aku lakukan yang menyebabkan aku tidak menjengukkan penulisan aku selama 2 bulan la juga kiranya..
pada bulan pertama selepas cuti sekolah tu..
aku telah menjalani latihan mengajar di sekolah area tuaran jugalah..okay..pengalaman selama sebulan amat bermakna bagi aku dan harap dapat di gunakan pada masa akan datang....
aiseh ayat macam nak buat refleksi hantar kat pensyarah..:p..
masa di sekolah tu bermacam2 aktivit sekolah lain yang kami ikut selain mengajar la kan..
antara projek yang kami buat ialah mendekorasi pusat sumber.
.ia ialah mendekorasi kunun tati..
sempatt..muka berminyakk dan dilimpahi cat..tapi  mau juga begambar..tia kesahla
padahal..
setakat cat dan membuat keceriaan pusat sumber sekolah ja la..hee..
dari bilik kaler hijau pucat macam mayat..
kami cat jadi kaler pink lembut mcm kulit babi baby..
yaka kaler tu kulit baby erk..
aku antam jak pun..ntah..yg pntg pink peach la..jadi berseri la sikit pusat sumber tu..
selain tu..kalau bab mengajar pula..
aku secara rasminya telah menjadi guru sains tahun dua  di S.K Nongkolud untuk sebulan sahaja.. hee..
yeah aku bakal cikgu..
tahun dua kawan..budak lagi tu..
perangai macam setan kecil sudah tengah mau naik..nakal jangan cakap..
dan aku sedar SABAR itu adalah elemen paling penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya..
ikutkan hati..mau jak cubit-cubit macam cubit anak kucing..tapi bila tingu muka sayu dan pura-pura innocent dorang tu..nda pula sampai hati..kadang-kadang mimang bikin sakit jiwa..
yalah..mau marah budak lagi betul..bukan faham sangat pun bilaaku membebel..
tapi kalau nda marah..simpan dalam hati saja..aku yang jiwa kacau..
ndala aku heran kenapa ada kajian yang menyatakan pesakit di tempat-tempat mental tu kebanyakannya guru..yalah sapa nda mental kalu menghadapi kerenah murid yang pelbagai jenis dan ragam..janganlah aku mental kan kawan..
namun..perkara yang paling aku gembira bila mengajar ni.. 
bila murid-murid ko faham apa yang ko ajar dan mereka tertunggu-tunggu lagi kelas ko tuk sterusnya...aishh..mimang siukla perasaan tu..mcmana eksperi muka mereka bila mereka tanya begini
 "cikgu, harini kita belajar sains?"
.."aih..kan harini tiada sains..bisukla baru ada..baru cikgu masuk".
."alaaa cikgu.."..
dan berlalu dengan hampa..hee..
palagi kalu ko tengah mengajar di kelas..pelajar kelas sebelah pun datang tepi2 tingkap tuk ikut belajar sama..kadang2 kin malas juga bila tanya pelajar kelas dalam..pelajar kelas luar pula over exited menjawab..hahaha..itu baru sikit yang aku kongsikan dengan kamu mengenai pelajar2 ni..hee.
kalu mengenai guru2 di pejabat pula..dorang semua mimang banyak membantu akula sepanjang praktikum ni..palagi kalu mau kena observe..kadang-kadang dorang pula yang aku tingu nervous..hee..tapi mimang dorang best la..
part sedih pula bila ko dah tamat prktikum..huu
walaupun sakit jiwa..sakit hati..gilaa sekejap dengan perangai budak2 tu..
namun bila berpisah tu..rasa sedih tetap ada..
walau hanya sebentar cuma..rasa sayang tu tetap ada..
dan perkara yang aku pling nda expect bulih berlaku bila tu budak2 darjah dua tu kunci aku dalam kelas..
dorang cakap nda mau bagi aku pulang..sebab kalu aku pulang aku nda datang lagi sana   -,-"
hahaha..lucu bah ni dorang..tapi lucu2 tu dalam setangah jam jugala aku pujuk drg kasi lepas aku dari kelas tu..haaa..seram sendiri bila ingat dikunci dalam kelas..

baiklah cik tati..bagus berenti sampai disini..
yeaahhh..tamat praktikum..


pa kes aku terlebih happy dalam ni pic..?


 minggu depan ko ada paper yang berturut selama 4 hari dan ko belum habis khatam pun tu...
wish me luck..:)

jangan saja tiada..:)

| March 20, 2011


okay..mau upload pic ja harini...ni pic lama.. enjoy..

kakak aku yang serupa kakak tiri snow white~dia dah kahwin~

| February 13, 2011












pada 30 januari yang lepas..
aku secara rasminya telah mempunyai seorang abang ipar..kerana kaka aku telah secara sahnya menjadi istri kepada mohd saire..kaka aku yang hanya nak merancang untuk bertunang pada mulanya akhirnya mengubah fikiran dan melangsungkan pernikah dengan hubby dia tu..keputusannya membuatkan orang-orang kampung dan sedara mara jauh mula berasa keheranan..yalahkan..sudah persepsi masyarakat di tempat aku..kalu kahwin awal..ertinya ada saja cerita disebaliknya..namun aku tak salahkan orang kampung atau saudara mara..aku pun akan keheranan kalu aku berada ditempat mereka..untuk pengatahuan semua..kaka aku teda cerita yang negative2..yang jelas..dia hanya nak surat nikah itu untuk pertukaran ke tempat asal..dan untuk pengatahuan semua kaka aku bekerja di kementerian pertahanan malaysia di semananjung sana..jadi dia balik2 mohon pindah tapi tidak dilayan..makanya dengan alasan yang paling mujarab selalunya bagi perempuan iaitu mengikuti suami..maka..kaka aku pun melangsungkan pernikahannya..majlis yang serba sederhana itu amat menggembirakan bagi aku kerana apa yang penting semuanya sudah selesai dilakukan..perkara yang baik harus dilakukan dengan cepat kan..semoga apa yang dihajati oleh kaka aku akan tercapai dengan jayanya..
amin..
semoga berbahagia sehingga akhir hayat..:)


p/s:bila nak buat majlis resepsi ni??

main tapuk-tapuk

|

kau main tapuk tapuk di bantal
kau main tapuk tapuk di tiang
saya tidak nampak kau
tapi itu perut timbul timbul ...
kau lari-lari di bukit
kau main tapuk tapuk di samak
saya tidak nampak kau tapi itu bau saya kanal ...
co*
balik balik saya cakap
saya tidak mahu kau
tapi bila kana cakap kau main tapuk tapuk
siang pun kau main tapuk tapuk
malam pun kau main tapuk tapuk
lama lama kana kasi tapuk kau hantu
lalalala baru kau tahu
saya juging juging di taman
kau tiarap tiarap di rumput
pura pura macam karbau 
kau makan makan itu rumput
saya tidak mahu sama kau
cinta saya sudah tetapuk
perut kau timbul tapi cinta saya tidak akan timbul
ulang co*
cinta saya kana tapuk
main tapuk tapuk 
by-

E Elmar


ni lagu sungguh lucu

Powered by Blogger.