kelahiranmu anugerah buatku.

| November 28, 2011

salam
hye..
harini aku nak ceritakan tentang sahabat.. 
ya ya aku tau masing-masing dari kita mempunyai seorang sahabat kan..
dan aku..
salah seorang dari kamu yang punya seorang sahabat juga.. 
sahabat dimana kita share semua problem kita..kita dengar semua cerita dia..
tak kira dia dekat atau jauh..dia tetap dekat dengan kita..
dihati kita.
dan aku punya seorang sahabat yang jauh namun dekat di hati. 
ya..
sebelum ni aku sudah pernah cerita tentang dia disini agaknya. 
ya dalam entri sebelum ni. 
dan dalam tu aku dah cerita betapa aku dan dia berbeza.. 
walaupun dia jauh, 
walaupun dia tak dekat dengan aku,
 walaupun orang akan kata susah nak cari kawan dari kecil yang bertahan sampai ke tua, 
namun aku yakin, 
ukhwah kami, akrab kami, erat kami sampai ke hujung hayat, 
InshaAllah. 
dan atas keyakinan itulah aku tak pernah rasa kesorangan walaupun dimana aku berada, 
waluaupun berdiri di tempat asing yang aku tak biasa, 
malah dengan keyakinan itu juga, apa saja yang aku lakukan selalunya bermotivasikan dari dirinya
. kalau dia mampu, kenapa aku tidak, 
cabaran yang sihat buat aku, dan sekarang ni masih banyak impian kami bersama yang belum terlaksana, diharap jika diizinkan Tuhan,
 kita mampu mengecapinya. 
owh ya harini hari ulangtahun kelahirannya. 
dan setiap tahun, ketika aku sudah puas berumur sesuatu umur itu, 
dia baru akan mengecapinya, tidak adil sungguh..hehe.. 
namun disini aku ingin mengucapkan 




Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Nur Syazana Matnor 
semoga ko sentiasa dalam lindungan Tuhan walau dimana ko berada, 
sentiasa dimurahkan rezeki, bertemu jodoh yang soleh, 
mempunyai anak yang ramai (kawinla ketika musim hujan,supaya anak ramai) 
berjaya dalam pa juga bidang yang diceburi, 
mendapat segala yang diinginkan
 dan yang terakhir 
semoga persahabatan kita akan sentiasa berkekalan. 
InshaAllah. 
Amin..:)
nah bunga tuk ko..:p

kelupis, lamban dan orang lama

| November 26, 2011


hye..
harini aku pergi kenduri kahwin orang kampung aku.. 
ya lah saudara mara kan kawin..kenala hadir bagi memeriahkan lagi suasana..
tadi seperti biasa kalau pergi sabtu biasanya keja-kerja nya mesti membungkus..
ha mesti ada sesetengahnya tak tau apa tu acara membungkus..
actually membungkus ni salah satu acara yang di buat di kenduri kahwin bagi suku kaum kadayan, brunei dan ada beberapa bangsa di labuan dan sabah yang mengamalkannya. yang dibungkus itu ialah kelupis dan juga lamban. kelupis dan lamban adalah makanan tradisi bagi suku kaum kami. 
ini kelupis gambar sumber dari google
ini lamban sumber dari google juga
isi kelupis dan lamban ialah beras pulut dan santan. sedap yaw kalu cecah sama kari atau kuah kacang..
huu..tak pandang bakal mak mentua limpas tu kalau dah hadap lamban dan kelupis..haha..
 daun yang digunakan untuk membungkus kelupis biasanya daun ngirik kami panggil.. kalau kamu aku pun tak taula..dan bagi lamban pula kebiasaannya daun kelapa yang digunakan untuk membungkusnya..
setelah dibungkus baru lah direbus..
namun tadi masa aku pergi aku heran kenapa teda bayang lamban dan kelupis..rupanya dorang dah buat kelmarin time hari jumaat..jadi aku pun terlepas peluang untuk membungkus.. 
so tadi kerja kami ialah memotong-motong segala bahan masakan seperti bawang, timun, lada, halia, lengkuas, best tau kalau kenduri di kampung ni...
semangat kerjasama dan tolong menolong tu begitu nampak sekali..
owh ya..
kalau di kampung kami ni, kebiasaannya kalau ada perkahwinan mimang tak sah kalau dorang tak buat pertandingan bagi memeriahkan lagi majlis ni.
contohnya, teka biji kepayas..kepayas tu betik dalam bahasa melayu,
selalu kalu masa meneka betik tu tak dipotong..sumber gambar dari google
 teka kuaci dalam botol, teka kacang hijau, jadi semua orang boleh meneka dan siapa yang bertuah dan tekaannya tepat, diala dapat hadiah..menarik tak menarik tak..hoho..
namun semua tu bergantung kepada tuan rumah juga selalunya..hehe..
selain tu..
selalunya pada masa-masa beginila saudara-mara berkumpul kan..
dan bagi aku masa ni la makcik-makcik dan pakcik-pakcik akan buka kisah lama dorang dan cerita dengan kami yang generasi muda ni..semua cerita lucu, pengalaman yang tak boleh dilupakan akan dibongkar pada masa ini..kadang-kadang ada cerita tu kami dah tahu sebab cerita dua tiga kali..namun pakmak pakmak aku ni merasakan itu merupakan hiburan yang tidak bosan dan sentiasa akan membuat mereka ketawa bila sesi imbas kembali itu bermula..
namun tadi ada satu topik yang dorang bualkan yang menarik perhatian aku..
iaitu mereka merasa mereka sudah berumur sekarang..
aku tertarik..
yalah mereka mimang berumur.. tapi takkan tak sedar..haha..
bukan-bukan itu maksud aku..
maksud aku yang sebenarnya ialah 
apa yang menyebabkan dorang tiba-tiba merasai perasaan sedemikian rupa..
setelah duduk diam senyum dan dengar cerita dorang baru aku mengerti, dorang merasakan bila dah nak menjahit mata tak nampak, bila anak-anak datang mengadu dan dorang tiada tempat mengadu, bila membaca kena pakai cermin mata, bila berkerja lama sikit mudah penat..
setelah diimbas-imbas,
semua bersetuju mengatakan hampir kesemua orang tua mereka dahulu pernah berkata
"masaai jua kamu kandila" 
dalam bahasa melayu nya.."nanti kamu akan merasainya juga"  
kandila tu bermaksud nantiiiiii hee 
dan sekarang mereka sedar mereka sudah merasainya..
dan itu buat aku terfikir..
kandila aku akan merasainya juga kah?

Makan Punya Cerita

| November 25, 2011


salam satu, dua, tiga, empat, kalau rajin sambungla sampai penat..hehe.. 
baiklah kalini aku nak cerita pasal makan pula.. 
owh ya..kawan-kawan kita semua sedia maklum bahawa ada sesetengah orang boleh makan tu, tak boleh makan ni, suka makan tu, tak suka makan ni, dan aku tulis sini bukan untuk cerita tentang orang..dah namanya blog aku mestila aku nak cerita tentang apa yang aku suka makan dan tak suka makan walaupn aku tau jiran sebelah rumah aku suka dan tak suka makan..aku tak akan cerita.. 
baiklah yang pertama 
makanan yang aku suka makan..ermm macam banyakkk..yalah yang kita suka kan..mimang lah banyak..namun apa yang pasti kalau makanan berunsur daging dan ikan mimang menjadi pilihan utama. hee
tak nak cerita banyak tentang yang suka makan la 
cerita tentang yang tak dimakan oleh aku la..cakap pasal tak di makan ni bukan pasal aku ni memilih ka apa..tapi ada faktor juga kenapa aku tak makan..
salah satunya disebabkan aku mimang tak boleh makan sebab alergic..
aku alergic pada makanan laut terutama udang..
kalu makan gatalnya tak boleh tahan..bukan aku berubah menjadi gatal..
namun rasa gatal terutama di lidah dan kerongkong membuatkan aku tak boleh tahan dan yakin untuk makan udang..dan aku tak berapa makan kacang..
bukan tak boleh makan boleh cuma dalam kuantiti sedikit..
bukan atas sebab aku takut mitos bakal berjerawat kalau makan kacang..cuma yang aku pasti kalu makan banyak..aku bakal batuk la tak lama lepas tu..sapa tahan batuk kan..semua pun tak suka mengalami penyakit batuk..ha itu kisah alahan dan alahan tak seberapa alahan..
sedih dewan bahasa dan pustaka baca ayat aku ni..
 yang lagi satu pula disebabkan aku mimang tak makan sebab ermm sebab ermm hee tak boleh nak telan.. bukan sebab besar or keras or tak sedap.. tak sedap la tu bagi tekak aku..haha.. 
antara makanan yang disenaraikan tak masuk tekak ialah tauge, tempe, kulit ayam goreng, kuew tea yaw (hentam ja eja), kacang buncis, sayur dalam mee goreng (ntah pa pa aku..selalu kalu tumis aku makan ja), mix vege, dan aku rasa setakat itu sajala.. 
gambar dari google
gambar dari google
kan..kan tak banyak kan..
aku makan ja kalau kena bagi yang lain..cuma tula ja ya tak masuk tekak..hee..
namun ada juga jenis makanan yang kita suka makan tapi tak boleh makan banyak..
contohnya dalam kes aku ni..aku suka makan junk food...emm jajan la tu..
cuma atas nasihat doktor yang merawat setelah aku di hantar kehospital jam brapa pagi ntah nda ingat.. 
dia suruh aku makan jajan sekali sekala sejenak sahaja..wei seksa sakit dia tau masa kena bawa pi hospital tu.. nasib MA dia yang merawat tu sedap mata memandang.. sejuk juga jiwa masa tu..masa tu ja tau..
sempat aku kan..aku mengorat?tak..aku diam-diam ja..manala ada masa dalam sakit-sakit tu..hee..
doktor pesan kalau nak buah pinggang tu rosak teruskan lah makan jajan kesayangan kau tu..haha..
okay2 aku tipu..doktor tak cakap macam tu..kalau cakap macam tu mimang nak bawa gusti..
owh ya antara contoh makanan jajan aku dulu tu ialah keropok pewarna..hehe mana ada keropok pewarna..
gambar dari google
sumber dari google dan ni tak tukar warna mulut pun cuma ternampak teringin nak makan..dah lama tak makan..haha



keropok yang mempunyai bahan pewarna yang terang sehingga kalau tak oren tangan tak berenti makan, cola, coklat, asam boi yang masin, gula-gula pelbagai bentuk perisa dan kalau boleh bertukar warna mulut dan lidah..hoho, MAGGI asam laksa, tomyam, haa tu la tu..yang nyata aku ingat sebelum aku di bawa ke hospital tu, aku yakin aku makan maggi 4 hari berturut-turut, tapi aku tak rasa itu punca la..hehe..
setelah mendengar nasihat doktor, aku pun meninggalkan satu persatu tebiat makan tidak sihat aku tu. dan sekarang aku mimang jarang makan jajan.. tapi kalau angin gila menyerang aku bantai la makan sampai hati puas..kadang-kadang kena juga puaskan hati perut..hehe..
perut ada hati ka? ada kalu tak kenapa ada peribahasa HATI PERUT erm tu peribahasa ka? 
gagal.. gagal betul bm ni..eh aku A1 tau bm dalam SPM.. mimang manusia mudah lupa dan aku manusia..
jadi ngamla tu..hoho..jadi pasal pa aku showoff pasal SPM pula ni..
okay sekarang balik pasal makan tadi..
dan nyata bagi orang yang beragama islam haram baginya kalau makan makanan yang haram nyatanya seperti babi khinzir dan segala keturunannya dan binatang-bintang yang berkuku tajam, bertaring, hidup dua alam, binatang-binatang reptelia la kebanyakkannya, 
dan yang nyata nasi goreng kampung dan air sirap yang di jual juga haram. 
ya haram dimakan jika makan tak bayar..:p

P/s: sila perhatikan logo halal di setiap pek pembelian barang-barang. PASTIKAN HALAL.

Penyaram

| October 19, 2011

Wedding Again..My Cousin

| September 22, 2011











maka dengan wujudnya gambar di atas ini..maka berakhirlah zaman bujang lagi seorang kazen aku dan secara tidak langsung membuatkan aku menjadi anak gadis yang paling tua belum kahwin..setelah di kaji secara tidak langsung..baru aku menyedari bahawa aku pula yang belum kahwin..okay..tidak kisah itu semua..sebab aku baru 22 okay..baru 22..masih muda..masih hangus masak nasi guna kayu api..hahaha..dan aku tidak kisah juga kalu kazen2 di bawah aku nak kahwin duluan pun..hoho..jadi kenapa aku melalut..hoho.kala..chow cincau..)

Rahmah & Zulfadli

| September 06, 2011










bersiar-siar bersama keluarga..

| May 20, 2011

pada hari sabtu yang laluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..panjang sebab mimang laluuuu laluuu sudah ni..kami skeluarga (tidak termasuk babah sa sebab dia bz di ladang urus lembu) telah pergi ke kundasang untuk menghiburkan hati disamping menghirup udara segar..kami kesana sempena meraikan kepulangan kakak aku(walaupun dia jahat macam kakak tiri snow white) dan adik aku yang telah berjaya menghabiskan praktikalnya..yeah..jadi kami telah pergi dan diawah ini adalah bukti2 aku telah menjejakkan kaki disana.. 
enjoy..

yeah ini aku.

ni pun aku juga..

ni kaka aku dan husband dia..

mak aku ckap..mak tak nak tengok ko jatuh..jadi dia pun memusingkan badan dia..boleh nmpk dari gmbr..dan aku tak jatuh pun mak..anak mak kan teror..;p

ini mak aku..dia sihat..dan saya sayang dia..

ni adik aku..dia pun sihat..malah terlebih..hahahahah

yeah..i love to see my mom happy

okay bila aku nak begambar dengan bendera malaysia pula ni??

i love my family..

tinggi juga tempat ni..bawah tu rumah orang

ya..sa mempunyai 3 orang adi beradik sahaja..

merekala penawar duka saya

ntah apa2 aksi kami..yala sebab tiada orang kan..kalu ada pun kami bantai juga..

fav pic sa..sebab ntah..suka ja la..

jangan lupa singgah kalu pigi kundasang k..

hee..mau juga melawat lembu..

perasan2 sebentar la jadi model..;p
hee..sempat

dia pun nak juga

post jarang2..;p

tempat ni mimang best..
dan aku sayang mak aku..

korang?
*kalu kualiti gambar tak berapa cantik..harap maaf..aku guna phone ja ambil semua ni..heee

Powered by Blogger.